Polis Johor tingkat kawalan di bazar Ramadan, Aidilfitri

Jit Huey (tengah) melakukah tinjauan pematuhan SOP di bazar Ramadan dan Aidilfitri di sekitar kawasan Johor Bahru Selatan. (Foto: Ihsan polis)
Jit Huey (tengah) melakukah tinjauan pematuhan SOP di bazar Ramadan dan Aidilfitri di sekitar kawasan Johor Bahru Selatan. (Foto: Ihsan polis)
A
A
A

JOHOR BAHRU - Polis Johor akan mempertingkatkan kawalan dan rondaan di bazar Ramadan dan Aidilfitri bagi memastikan peniaga dan pengunjung mematuhi prosedur operasi standard (SOP) dan waktu operasi, memandangkan Johor Bahru diisytiharkan kawasan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP), bermula Jumaat.

Ketua Polis Daerah Johor Bahru Selatan, Asisten Komisioner Mohd Padzli Mohd Zain berkata, pihaknya tidak akan teragak-agak mengenakan tindakan sekiranya masih ada yang ingkar SOP yang dikeluarkan oleh Majlis Keselamatan Negara (MKN).

Susulan itu katanya, Ops Pemantauan Bersepadu telah dibuat di sekitar kawasan Bazar Karat dan Pasar Borong Pandan oleh Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Johor Bahru Selatan bersama penguat kuasa Majlis Bandaraya Johor Bahru (MBJB) pada Jumaat.

Jit Huey (kanan) melakuan tinjauan operasi bazar Ramadan dan Aidilfitri di sekitar kawasan Johor Bahru Selatan. (Foto: Ihsan polis)
Jit Huey (kanan) melakuan tinjauan operasi bazar Ramadan dan Aidilfitri di sekitar kawasan Johor Bahru Selatan. (Foto: Ihsan polis)

“Hasil dalam operasi tersebut, kita mendapati situasi di dua lokasi tumpuan orang ramai ini terkawal dengan mematuhi amalan penjarakan fizikal dan pemakaian pelitup muka oleh pengunjung.

“Teguran juga diberikan terhadap orang awam supaya memakai pelitup muka dengan cara yang betul.

“Selain itu, para peniaga dan anggota Jabatan Sukarelawan Malaysia (RELA) yang bertugas di kawasan tersebut diingatkan supaya membuat penutupan pada jam 10 malam mengikut waktu operasi perniagaan yang ditetapkan,” katanya ketika dihubungi Sinar Harian pada Jumaat.

Operasi itu diketuai oleh Timbalan Ketua Polis Daerah Johor Bahru Selatan, Superintendan Lim Jit Huey dan melibatkan seramai 29 pegawai dan anggota IPD Johor Bahru Selatan anggota penguat kuasa MBJB.

Artikel Berkaitan:

Tambahnya, pihak polis juga akan mempertingkatkan rondaan dan pemantauan di kawasan tumpuan orang ramai di kawasan daerah Johor Bahru Selatan bagi memutuskan penularan wabak Covid-19.