PKP: Polis Petaling Jaya tambah dua lagi SJR

Keadaan di Lebuhraya Persekutuan menghala ke pusat bandar sesak ekoran sekatan jalan raya oleh anggota polis yang membuat pemeriksaan dokumen kebenaran merentas daerah atau negeri. Foto Bernama
Keadaan di Lebuhraya Persekutuan menghala ke pusat bandar sesak ekoran sekatan jalan raya oleh anggota polis yang membuat pemeriksaan dokumen kebenaran merentas daerah atau negeri. Foto Bernama
A
A
A

KUALA LUMPUR - Polis Petaling Jaya menambah dua lagi sekatan jalan raya (SJR) melibatkan daerah itu susulan pengumuman Perintah Kawalan Pergerakan bermula pada 6 Mei hingga 17 Mei ini.

Ketua Polis Daerah Petaling Jaya, Asisten Komisioner Mohamad Fakhrudin Abdul Hamid berkata, lokasi SJR itu membabitkan Lebuhraya Persekutuan dan Taman Kannagapuram di bawah Lebuhraya Baru Pantai (NPE).

“SJR di Lebuhraya Persekutan bermula pada 4 petang ini (Sabtu) sementara SJR di Taman Kannagapuram pada 12.01 malam ini (Ahad),” menurutnya dalam kenyataan pada Sabtu.

Mohamad Fakhrudin berkata, di daerah Petaling Jaya, hanya empat lokasi SJR dikekalkan membabitkan Tol Sungai Buloh, Tol Kota Damansara, Tol Damansara dan Tol Subang.

Beliau turut menasihati orang ramai agar terus mematuhi SOP supaya jaringan wabak Covid-19 dapat diputuskan. - Bernama

Artikel Berkaitan: