'Ketukan jiran selamatkan nyawa'

Nor Asliza tinggal sehelai sepinggang apabila rumah yang idiami bersama neneknya terbakar.
Nor Asliza tinggal sehelai sepinggang apabila rumah yang idiami bersama neneknya terbakar.
A
A
A

TUMPAT - Ketukan jiran telah menyelamatkan seorang cucu bersama neneknya dalam kebakaran di Kampung Naga Ibu, hari ini.

Dalam kejadian jam 2.20 pagi, mangsa Nor Asliza Mohd Asri, 22, sedang tidur bersama neneknya, Siti Mula Omar, 82.

Bagaimanapun, dua beranak itu tersedar selepas dinding rumah mereka diketuk oleh jiran yang ternampak api ketika lepak di halaman rumah tersebut.

Nor Asliza berkata, ketukan bertalu-talu jirannya menyebabkan dia tersedar dari tidur.

"Saya tersedar bila terdengar ketukan itu dan jiran menjerit bangun..bangun..rumah terbakar.

"Nenek tak dapat berjalan sebab panik, saya terpaksa mengheretnya keluar dan dibantu jiran ke tempat selamat," katanya tinggal sehelai sepinggang.

Burung peliharaan dalam sangkar mati terbakar.
Burung peliharaan dalam sangkar mati terbakar.

Menurutnya, ketika menyelamatkan nenek, dia nampak api sudah marak di bilik tidur berdekatan dapur.

Artikel Berkaitan:

Bagaimanapun dia tetap memberanikan diri, masuk semula ke dalam rumah untuk mengambil telefon dan menghubungi bomba.

"Hanya telefon sempat diselamatkan, harta lain seperti barangan kemas serta wang tunai RM500 nenek saya hangus.

"Burung dalam sangkar sebanyak 10 ekor juga mati," katanya.

Sementara itu,Ketua Balai Bomba dan Penyelamat Pengkalan Kubor, Penolong Penguasa Bomba, Raja Arisan Raja Semail berkata, pihaknya menerima panggilan kecemasan pada jam 2.59 pagi.

Katanya, seramai 10 anggota bomba dengan dua jentera bergegas ke lokasi memadam kebakaran tersebut.

"Punca dan kerugian masih dalam siasatan," katanya.