X

Kindly register in order to view this article
!

WHO lulus vaksin Sinopharm untuk kecemasan

WHO meluluskan penggunaan kecemasan bagi vaksin Covid-19 yang dibangunkan Institut Produk Biologi Beijing kendalian Kumpulan Farmaseutikal Nasional China (Sinopharm).
A
A

GENEVA - Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) pada Jumaat meluluskan penggunaan kecemasan bagi vaksin Covid-19 yang dibangunkan Institut Produk Biologi Beijing kendalian Kumpulan Farmaseutikal Nasional China (Sinopharm).

Ia sekali gus menjadi vaksin Covid-19 keenam dimasukkan dalam senarai penggunaan kecemasan WHO, dan satu-satunya yang dihasilkan negara bukan Barat.

Perkara itu diumumkan Ketua Pengarah WHO, Tedros Adhanom Ghebreyesus dalam satu sidang akhbar pada Jumaat.

Pada sidang akhbar yang sama Pengerusi Kumpulan Pakar Penasihat Strategi mengenai Imunisasi (SAGE) WHO, Alejandro Cravioto berkata, pihaknya telah membuat penilaian secara menyeluruh terhadap vaksin Sinopharm, dan mempunyai bukti mencukupi mengenai keselamatan serta keberkesanannya.

“Vaksin Sinopharm didapati mempunyai tahap keberkesanan sebanyak 79 peratus terhadap pesakit bersimptom dan mereka yang menerima rawatan di hospital. Ia boleh digunakan untuk memvaksin warga berusia 18 tahun ke atas," ujar Cravioto.

Selain itu, menurut WHO, vaksin Sinopharm yang mudah disimpan itu amat sesuai untuk kegunaan di tempat-tempat yang kekurangan sumber. - Bernama


Artikel ini ialah ©️ 2018 Hakcipta Terpelihara Kumpulan Karangkraf. Sebarang salinan tanpa kebenaran akan dikenakan tindakan undang-undang

Newsletter

Berita Telus & Tulus hanya untuk anda setiap hari. Langgan Sekarang!