UMNO lebih awal bersama Pas: Ahmad Maslan

Ahmad (dua dari kanan) mengadakan lawatan ke projek ayam belanda di Kampung Parit Haji Zain Laut, Pontian pada Sabtu.
Ahmad (dua dari kanan) mengadakan lawatan ke projek ayam belanda di Kampung Parit Haji Zain Laut, Pontian pada Sabtu.
A
A
A

PONTIAN - UMNO tidak goyang dengan kenyataan pimpinan Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) Johor berhubung perbincangan pembahagian kerusi bersama Pas bagi menghadapi Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15).

Setiausaha Agung UMNO, Datuk Seri Ahmad Maslan berkata, UMNO sebenarnya lebih awal mengadakan perbincangan bersama Pas menerusi jawatankuasa Muafakat Nasional (MN) yang ditubuhkan di setiap negeri.

"UMNO telah beberapa kali adakan pertemuan dengan pucuk pimpinan Pas termasuk mengenai perbincangan berhubung pembahagian kerusi.

" Apa yang penting, kami (UMNO) dengan Pas. UMNO tidak akan adakan perbincangan kerusi dengan Bersatu," katanya ketika ditemui selepas mengadakan lawatan ke projek ayam belanda di Kampung Parit Haji Zain Laut di sini pada Sabtu.

AHMAD MASLAN
AHMAD MASLAN

Pada Rabu, Setiausaha Bersatu Johor, Datuk Dr Sahruddin Jamal berkata, Bersatu Johor akan memulakan rundingan pengagihan kerusi bersama Pas dan Gerakan bagi menghadapi PRU15 tanpa melibatkan UMNO.

Katanya, perbincangan itu dilakukan sebaik sahaja menerima lampu hijau daripada Presiden Bersatu, Tan Sri Muhyiddin Yassin.

Sementara itu, Ahmad yang juga Ahli Parlimen Pontian mempersoalkan mengenai perbincangan yang dikatakan Dr Sharuddin itu memandangkan UMNO lebih awal bersama Pas dalam MN.

Artikel Berkaitan:

“Kita menyerahkan kepada pucuk pimpinan Pas Pusat untuk membuat keputusan kerana perjanjian piagam yang ditandatangani bersama UMNO pada tahun 2019 masih kekal dan belum terbatal,” jelas beliau.

Dalam perkembangan lain, mengenai sambutan Jubli Intan sempena ulang tahun ke-75 UMNO pada 11 Mei ini, beliau berkata, sebanyak enam siri Facebook Live akan diadakan dengan menampilkan beberapa pemimpin UMNO.

Beliau berkata, antara yang akan tampil ialah Presiden UMNO, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi dan bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak.