Rezeki peniaga wanita bawa pulang RM1 juta BSN SSP

No Image Caption
A
A
A

KUALA LUMPUR - [DIKEMASKINI] Seorang wanita berumur 54 tahun dari Perak telah membawa pulang cabutan istimewa BSN SSP bernilai RM1 juta bagi bulan Mac 2021, menurut Bank Simpanan Nasional (BSN) pada Sabtu.

Bank tersebut dalam satu kenyataan berkata, dorongan dari anak kepada peniaga wanita tersebut untuk menyimpan dalam BSN SSP pada tahun 2011, selain menambah simpanan secara konsisten telah membawa hasil yang cukup bermakna.

“BSN meneruskan lagi pencarian pemenang-pemenang cabutan istimewa BSN SSP, kali ini bagi bulan April 2021 atau jutawan keempat yang akan membawa pulang BSN SSP bernilai RM1 juta,” katanya.

Ketua Eksekutif BSN, Jay Khairil menyarankan orang ramai supaya memulakan simpanan dalam BSN SSP yang mempunyai tiga kebaikan dalam satu simpanan iaitu menyimpan, berpeluang memenangi hadiah dan kadar faedah menarik.

Selain itu, BSN turut mengumumkan seorang pemenang dari Melaka bagi cabutan BSN SSP Kesetiaan Mac 2021 kategori Emas bernilai RM30,000 dan tiga pemenang dari Selangor, Kuala Lumpur serta Pahang bagi cabutan BSN SSP Kesetiaan Mac 2021 kategori Perak bernilai RM5,000.

“Cabutan ini diadakan hanya pada bulan Mac, Jun, September dan Disember 2021 serta terbuka kepada penyimpan yang mempunyai BSN SSP dengan simpanan minimum RM1,000 bagi kedua-dua kategori,” kata BSN. - Bernama

Artikel Berkaitan: