X

Kindly register in order to view this article
!

Ahad | 28 November 2021

Kekalahan gugat hasrat Leicester

Rodgers menenangkan pemain setelah tamat perlawanan.
A
A

HARAPAN Leicester City untuk menamatkan saingan Liga Perdana Inggeris (EPL) pada kedudukan ketiga musim ini tergugat berikutan kekalahan 2-4 kepada Newcastle United di Stadium King Power pada awal pagi Sabtu.

Pengendali The Foxes, Brendan Rodgers menyifatkan kekalahan berkenaan boleh menjejaskan misi untuk berada dalam kelompok empat pasukan teratas EPL apabila diekori rapat Chelsea serta West Ham yang masing-masing memiliki kelebihan satu perlawanan.

Rodgers
Rodgers

“Walaupun kami yakin kami mampu bertahan, tetapi kami juga perlu menyalahkan diri sendiri kerana telah meletakkan kami dalam situasi sukar seperti ini.

“Apa yang boleh kami lakukan ketika ini adalah terus berjuang bagi mempertahankan kedudukan pasukan sehingga ke perlawanan terakhir nanti,” katanya.

Pada perlawanan berkenaan, Newcastle menjaringkan gol menerusi Joe Willock pada minit ke-22, Paul Dummett (min-34), Callum Wilson (min-64, 73) sebelum Marc Albrighton menjaringkan gol pertama tuan rumah pada minit ke-80 disusuli Kelechi Iheanacho (min-87).

Leicester kini mengumpul 63 mata daripada 35 perlawanan diekori rapat Chelsea yang mengumpul 61 mata serta West Ham (58 mata) setelah mengharungi 34 perlawanan.

Baki tiga perlawanan musim ini menyaksikan Leicester berdepan Manchester United di Old Trafford pada 12 Mei, Chelsea (Stamford Bridge / 19 Mei) dan menamatkan saingan EPL musim ini dengan melayan kunjungan Tottenham Hotspur di gelanggang sendiri pada 23 Mei.

Selain itu The Foxes juga bakal beraksi di pentas final Piala FA berdepan Chelsea pada 16 Mei.

Sementara itu, Rodgers berkata, dia tetap memberikan kredit kepada kesebelasan pemainnya yang dilihat telah beraksi dengan baik, di sebalik kekalahan berkenaan.

“Saya tetap berikan kredit kepada mereka (pemain). Mereka telah berjuang dan beraksi bersungguh-sungguh di sepanjang perlawanan.

“Cuma kali ini, kita terlalu banyak melakukan kesilapan hingga akhirnya mengundang padah,” katanya.


Dapatkan laporan yang lebih eksklusif dan kritis, sila layari Sinar Premium
Artikel ini ialah ©️ 2018 Hakcipta Terpelihara Kumpulan Karangkraf. Sebarang salinan tanpa kebenaran akan dikenakan tindakan undang-undang

Newsletter

Berita Telus & Tulus hanya untuk anda setiap hari. Langgan Sekarang!