X

Kindly register in order to view this article
!

33 anak golongan rentan dibawa beli baju raya

Shahrul Nizam (tengah) membantu kanak-kanak yang diraikan mencuba baju raya di sebuah kedai di Kuantan pada Sabtu.
A
A

KUANTAN - Riak wajah gembira jelas terpancar bagi 33 anak golongan rentan apabila mereka dibawa ke sebuah kedai pakaian di sini untuk memilih baju raya pada Sabtu.

Selain berpeluang memilih sendiri warna kegemaran bagi sepasang baju Melayu, mereka turut menerima duit raya yang disumbangkan sebuah badan korporat, Kumpulan Tanah Makmur Berhad dan Kota Sas Sdn Bhd.

Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan Tanah Makmur Berhad (TMB), Datuk Shahrul Nizam Abdul Aziz berkata, melalui sumbangan bernilai RM300 setiap seorang itu sekurang-kurangnya mampu menceriakan kanak-kanak terbabit untuk meraikan lebaran yang bakal tiba beberapa hari lagi.

Menurutnya, program seumpama itu sentiasa dilakukan sebagai khidmat sosial korporat (CSR) syarikat dalam membantu golongan memerlukan.

"Pada tahun-tahun sebelumnya, program ini dilaksanakan sendiri dengan memilih anak-anak yatim dan golongan memerlukan untuk diraikan menjelang Aidilfitri.

"Tahun ini agak berbeza kerana kita bekerjasama dengan Majlis Ugama Islam dan Adat Resam Melayu Pahang (MUIP) untuk mencari golongan yang benar-benar memerlukan bantuan," katanya ketika ditemui ketika program berkenaan pada Sabtu.

Shahrul Nizam berkata, atas saranan pihak MUIP, pihaknya memilih anak-anak golongan rentan sekitar Jalan Wong Ah Jang di sini untuk menerima sumbangan pakaian dan duit raya.

Katanya, pemilihan kawasan dilakukan bagi memastikan semua golongan memerlukan tidak terlepas pandang untuk menerima bantuan.


Artikel ini ialah ©️ 2018 Hakcipta Terpelihara Kumpulan Karangkraf. Sebarang salinan tanpa kebenaran akan dikenakan tindakan undang-undang

Newsletter

Berita Telus & Tulus hanya untuk anda setiap hari. Langgan Sekarang!