X

Kindly register in order to view this article
!

Hematuria Detection untuk pantau kesihatan si manja anda

A
A

Seorang doktor veterinar pernah menjelaskan, apabila seseorang itu memutuskan untuk membela kucing sama ada yang dibeli di kedai haiwan ataupun dikutip di jalanan maka mereka perlu bersiap siaga dari pelbagai aspek.

Tutur beliau, menjadikan kucing sebagai haiwan peliharaan bermakna tanggungjawab dipikul sama seperti kita menjaga dan menyayangi anak sendiri.

Ia berikutan si comel berkenaan mempunyai emosi, perasaan dan karakter tersendiri yang wajar diberi perhatian.

Pemantauan kesihatan ke atas kucing kesayangan kita juga penting bagi memastikan si manja itu terhindar daripada ancaman penyakit berkaitan haiwan peliharaan itu.

Tahukah anda kesan darah dalam air kencing kucing boleh menjadi petanda pelbagai jenis penyakit (terutamanya penyakit saluran kencing)?

Sebagai pemilik kucing, anda tentu ingin memastikan bahawa kucing anda sentiasa sihat, dan mencegah perulangan penyakit kelak.

Cabaran dalam memantau kesihatan kucing:

- Masalah saluran kencing dalam kucing kerap berulang dan memerlukan pemantauan berkala

- Kucing adalah sejenis haiwan yang pandai menyembunyikan simtom-simtom penyakitnya

- Biasanya, kesan darah dalam air kencing kucing tidak dapat dilihat dengan mata kasar

- Prosedur pengumpulan air kencing seringkali tidak selesa dan boleh membawakan stres kepada si kucing dan juga pemilik kucing.

Penyelesaian inovatif Hematuria Detection

Hematuria Detection berfungsi untuk mengesan kesan darah seawal mungkin yang boleh digunakan di rumah, menjadikan pemantauan kesihatan saluran kencing kucing dengan lebih mudah.

Namun, ianya tidak menggantikan diagnosis daripada doktor veterinar anda.

Fungsi produk

Butir Hematuria Detection berwarna putih dengan gabungan reagen yang bertukar warna biru apabila terkena kesan darah dalam air kencing kucing. Manakala teknologi Blucare yang bereputasi tinggi pula membantu dalam mengesan kesan darah.

Manfaat utama Hematuria Detection

SENANG - Butiran Hematuria Detection yang senang dicampurkan di dalam pasir kucing*

PANTAS - Hasil keputusan yang pantas dalam beberapa saat

JELAS - Hasil keputusan yang kekal jelas sehingga 48 jam. Ujian air kencing kucing yang boleh dijalankan di kawasan persekitaran kucing yang sedia ada

SELAMAT - Dihasilkan menggunakan bahan-bahan yang selamat untuk si kucing

BOLEH DIPERCAYAI - Membolehkan pengesanan mikrohematuria iaitu kesan darah yang tidak dapat dilihat dengan mata kasar

MUDAH DISIMPAN - Butir Hematuria Detection mudah disimpan serta boleh didapati dalam satu kotak berisian dua paket seberat 20g setiap paket

Manfaat untuk kucing anda

- Ujian air kencing kucing yang boleh dijalankan tanpa memaksa si kucing atau secara tidak invasif dan kurang stres.

- Tiada pertukaran jenis pasir kucing atau persekitaran sedia ada kucing yang diperlukan.

- Boleh membantu mencegah keadaan kucing daripada menjadi lebih teruk.

- Boleh membantu pemulihan masalah saluran kencing kucing dengan lebih pantas dengan pemantauan efektif.

Manfaat kepada anda

- Memberi peluang serta jaminan kepada anda untuk memantau tahap kesihatan saluran kencing kucing anda.

- Membantu menentukan sama ada konsultasi dengan doktor veterinar diperlukan.

- Ujian Hematuria Detection yang senang digunakan.

- Membantu mengelakkan komplikasi pada kesihatan saluran kencing si kucing.


Artikel ini ialah ©️ 2018 Hakcipta Terpelihara Kumpulan Karangkraf. Sebarang salinan tanpa kebenaran akan dikenakan tindakan undang-undang

Newsletter

Berita Telus & Tulus hanya untuk anda setiap hari. Langgan Sekarang!