X

Kindly register in order to view this article
!

Sidang akhbar KP Kesihatan petang ini

Dr Noor Hisham
A
A

PUTRAJAYA - [DIKEMASKINI] Selepas lebih sebulan, Ketua Pengarah Kesihatan Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah kembali mengadakan sidang akhbar perkembangan terkini Covid-19, petang ini.

Jemputan media telah dikeluarkan oleh Unit Komunikasi Korporat Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM).

Sidang akhbar berkenaan akan dipancarkan secara langsung menerusi televisyen tempatan jam 5.30 petang.

Kali terakhir Dr Noor Hisham muncul di kaca televisyen pada 4 Mac lalu.

Situasi Covid-19 dalam negara dilaporkan berada di tahap membimbangkan selepas 506 pesakit dirawat di unit rawatan rapi (ICU) seluruh negara pada Jumaat.

Selain itu, 4,498 kes baharu positif Covid-19 dengan 22 kematian turut dilaporkan.


Artikel ini ialah ©️ 2018 Hakcipta Terpelihara Kumpulan Karangkraf. Sebarang salinan tanpa kebenaran akan dikenakan tindakan undang-undang

Newsletter

Berita Telus & Tulus hanya untuk anda setiap hari. Langgan Sekarang!