Tiga PBT berjaya penuhi syarat naik taraf

Sze Han
A
A

SHAH ALAM - Majlis Perbandaran Subang Jaya (MPSJ), Majlis Daerah Kuala Selangor (MDKS) dan Majlis Daerah Kuala Langat (MDKL) berjaya memenuhi syarat untuk dinaik taraf kepada majlis bandaraya dan majlis perbandaran.

Exco Kerajaan Tempatan, Pengangkutan Awam dan Pembangunan Kampung Baru, Ng Sze Han berkata, kerajaan negeri terus memantau pengurusan kesemua pihak berkuasa tempatan (PBT) di negeri ini khususnya tiga PBT berkenaan.

“Tiga PBT ini termasuk MPSJ, MDKS dan MDKL memenuhi syarat untuk dinaik taraf kepada majlis bandaraya dan majlis perbandaran.

“Kerajaan negeri pastikan PBT ini amal sistem tadbir urus cekap dan amalan pengurusan kewangan yang baik,” katanya ketika menggulung perbahasan Rang Undang-Undang Perbekalan 2019, di Dewan Negeri Selangor di sini.

Terdahulu, ketika pembentangan Belanjawan Selangor 2019, Menteri Besar, Amirudin Shari menyasarkan untuk menaik taraf MPSJ kepada Majlis Bandaraya.

Sementara MDKS dan MDKL disasar dinaik taraf kepada majlis perbandaran.


Bermula dengan hanya RM5 anda telah menyokong Berita Fakta dan Komprehensif kami, sokong berita kami.
Terima Kasih Rakyat Malaysia