X

Kindly register in order to view this article
!

Ahad | 17 Oktober 2021

Atomy Malaysia sumbang RM2 juta set makanan

Sewon (dua dari kanan) menyerahkan sumbangan kepada Pengurus Tugas-Tugas Khas Kumpulan Karangkraf, Hashim Anang (tengah) yang diiringi oleh Timbalan Pengarang Berita Sinar Harian, Ong Boon Teck (dua dari kiri) dan Badruldin Zakaria (kiri) pada Majlis Penyerahan Pek Makanan kepada kakitangan Karangkraf di Shah Alam pada Jumaat.
A
A

SHAH ALAM - Atomy Malaysia menyumbang set makanan berjumlah RM2 juta kepada petugas media dan benefisiari menerusi program tanggungjawab sosial korporat (CSR) bersempena Ramadan dan Hari Raya Aidilfitri.

Pengurus Besarnya, Sewon Kim berkata, usaha tersebut bagi menyokong petugas barisan hadapan media yang berusaha menyebarkan informasi tepat selain membantu golongan kurang bernasib baik yang terkesan dengan pandemik Covid-19.

“Media juga petugas barisan hadapan yang mengorbankan masa dan kehidupan mereka untuk memastikan rakyat tahu informasi terkini.

“Menerusi program CSR yang dilakukan, ia merupakan tunjang asas syarikat dalam mengamalkan budaya perkongsian terhadap masyarakat di negara pelbagai kaum ini,” katanya pada Majlis Penyerahan Pek Makanan kepada kakitangan Karangkraf pada Jumaat.

Sewon berkata, program tersebut melibatkan enam media dan 11 benefisiari yang memerlukan dan kurang bernasib baik.

“Sebanyak 17 benefisiari tersebut terdiri daripada petugas barisan hadapan media termasuk Bernama, TV3, Sinar Harian, New Straits Times, Oriental Daily News, Rumah Amal Selangor dan Mercy Malaysia selain rumah anak yatim, pusat transit gelandangan dan pertubuhan orang kurang upaya,” ujarnya.

Dalam pada itu, pihaknya juga menyasarkan sebanyak RM500 juta keuntungan bagi tahun ini.

“Strategi ini melibatkan kepuasan pelanggan. Ini kerana, tahun lalu kami mencapai keuntungan sebanyak 68 peratus. Pihak syarikat berharap tahun ini dapat mencapai sasaran seperti dirancang,” katanya.

Sehingga kini, Atomy telah menyumbang kembali kepada masyarakat dengan nilai sumbangan sebanyak RM3.84 juta.


Dapatkan laporan yang lebih eksklusif dan kritis, sila layari Sinar Premium
Artikel ini ialah ©️ 2018 Hakcipta Terpelihara Kumpulan Karangkraf. Sebarang salinan tanpa kebenaran akan dikenakan tindakan undang-undang

Newsletter

Berita Telus & Tulus hanya untuk anda setiap hari. Langgan Sekarang!