Nasib penjaga gol Jerantut FA dapat perhatian kerajaan negeri

Nazri (dua dari kiri) menyampaikan cek sumbangan kepada Alan(duduk) dalam majlis penyerahan di Dewan Terbuka Galeri Mat Kilau pada Jumaat.
Nazri (dua dari kiri) menyampaikan cek sumbangan kepada Alan(duduk) dalam majlis penyerahan di Dewan Terbuka Galeri Mat Kilau pada Jumaat.
A
A
A

JERANTUT - Nasib penjaga gol utama Jerantut FA, Muhamad Rodzlan Arbae,34, yang kehilangan kaki kirinya akibat kemalangan jalan raya baru-baru ini mendapat perhatian kerajaan negeri dan UMNO Bahagian Jerantut.

Pemain yang mesra dengan panggilan Alan itu bersyukur kerana kerajaan negeri memberi sumbangan RM10,000 manakala RM4,000 daripada UMNO Bahagian Jerantut.

Katanya, dia akan memanfaatkan sumbangan itu untuk mendapatkan kaki palsu bagi memudahkan pergerakan dan mencari rezeki untuk keluarga.

"Sambutan Aidilfitri kali ini juga agak suram kerana pergerakan yang terbatas namun saya reda dengan takdir Ilahi," katanya kepada pemberita selepas menerima sumbangan itu daripada Exco Jawatankuasa Hal Ehwal Felda, Koperasi dan Hal Ehwal Pengguna Pahang, Datuk Nazri Ngah di Dewan Terbuka Galeri Mat Kilau, di sini pada Jumaat.

Nazri (kanan) memberikan kata-kata semangat kepada Alan.
Nazri (kanan) memberikan kata-kata semangat kepada Alan.

Dalam kejadian pada 23 April lalu, kaki kiri bapa kepada empat anak itu terpaksa dipotong akibat cedera parah selepas terlibat dalam kemalangan membabitkan dua buah motosikal berhampiran simpang Taman Ria di sini.

ARTIKEL BERKAITAN: Alan terpaksa gantung but

Tragedi yang menimpa Alan menyebabkan penjaga gol itu terpaksa menggantung but seumur hidup.

Artikel Berkaitan:

Sementara itu, Nazri memberitahu, pihaknya serta kerajaan negeri amat prihatin dengan nasib yang menimpa Alan dan berharap ia digunakan sebaik mungkin.

"Hari ini (Jumaat) saya mewakili kerajaan negeri turut mengagihkan 69 unit komputer riba kepada pelajar-pelajar tingkat lima yang berdaftar dalam program E-Kasih.

"Selain itu, kita turut menyerahkan sumbangan kepada Pengerusi dan Timbalan Jawatankuasa Kemajuan dan Kemakmuran Kampung (JKKK) daerah ini, pesakit-pesakit kronik, mangsa banjir dan ribut membabitkan peruntukan hampir RM100,000, " ujarnya lagi.