Ringgit dijangka alami kecenderungan meningkat

Ringgit diniagakan pada kedudukan yang lebih baik berikutan pelabur pertukaran asing menerima kenyataan Fed untuk mengekalkan kadar faedah rendah walaupun data ekonomi kukuh dalam masa terdekat.
Ringgit diniagakan pada kedudukan yang lebih baik berikutan pelabur pertukaran asing menerima kenyataan Fed untuk mengekalkan kadar faedah rendah walaupun data ekonomi kukuh dalam masa terdekat.
A
A
A

RINGGIT dijangka menyaksikan dagangan dengan kecenderungan meningkat antara 4.1025 dan 4.1225 minggu depan, terutamanya dipacu pergerakan dolar US selain dipengaruhi keputusan pengurangan Rizab Persekutuan Amerika Syarikat (Fed AS).

Rakan Pengurusan Global SPI Asset Management, Stephen Innes berkata, ringgit diniagakan pada kedudukan yang lebih baik berikutan pelabur pertukaran asing menerima kenyataan Fed untuk mengekalkan kadar faedah rendah walaupun data ekonomi kukuh dalam masa terdekat.

Dalam perkembangan lain, beliau berkata lebihan dagangan China melonjak kepada AS$42.9 bilion pada April daripada AS$13.8 bilion pada Mac iaitu lebih tinggi daripada jangkaan, melebihi jangkaan penganalisis berikutan eksport yang terus meningkat.

“Ini mungkin membantu penurunan dolar AS/China dalam jangka pendek dan selanjutnya, memberi kelebihan kepada mata wang negara yang mempunyai eksport yang besar dengan China.

“Memandangkan Malaysia mempunyai hubungan eksport yang kukuh dengan China, ia juga boleh memberikan rangsangan yang optimis terhadap ringgit,” katanya kepada Bernama.

Sementara itu, Ketua Ahli Ekonomi Bank Islam Dr Mohd Afzanizam Abdul Rashid berpendapat dolar AS/ringgit akan bergerak dalam jajaran sempit minggu depan dengan kesemuanya tertumpu kepada suku pertama keluaran dalam negara kasar (KDNK) 2021 yang akan dikeluarkan pada 11 Mei.

“Kita menjangkakan kemerosotan 1.5 peratus pada KDNK suku pertama 2021,” tambahnya.

Bagi asas Jumaat hingga Jumaat, ringgit lemah berbanding dolar AS kepada 4.1100/1140 daripada 4.0870/0930 berbanding minggu sebelumnya.

Artikel Berkaitan:

Unit tempatan juga lebih rendah berbanding mata wang utama lain.

Ia turun berbanding dolar Singapura kepada 3.0870/0916 daripada 3.0785/0839 pada seminggu lepas dan susut berbanding yen Jepun kepada 3.7662/7702 daripada 3.7520/7581.

Ringgit lemah berbanding pound Britain kepada 5.7203/7267 daripada 5.6834/6930 pada Jumaat lepas dan turun berbanding euro kepada 4.9632/9697 daripada 4.9428/9509 seminggu lepas. - Bernama