X

Kindly register in order to view this article
!

Kaki judi terjun parit, sembunyi dalam semak elak ditahan

Wang tunai dan daun pakau yang dirampas dalam serbuan di belakang sebuah stor penyimpanan sayur di Jalan Munshi Abdullah di sini awal pagi, Sabtu.
A
A

GEORGETOWN - Beberapa pemain judi sanggup terjun ke dalam parit dan bersembunyi dalam semak bagi mengelak ditahan ketika serbuan port judi di belakang sebuah stor penyimpanan sayur di Jalan Munshi Abdullah di sini awal pagi, Sabtu.

Bagaimanapun, usaha mereka gagal apabila pasukan polis terlebih dahulu mengepung kawasan berkenaan dan menahan 16 lelaki termasuk seorang penganjur berusia 50 tahun.

Serbuan menerusi Ops Dadu itu dilaksanakan Bahagian Kongsi Gelap, Maksiat dan Perjudian (D7) Ibu Pejabat Polis Kontijen Pulau Pinang yang di ketuai Asisten Superintendan Mohd Fairuz Mostafa kira-kira jam 1.45 pagi.

Ketua Jabatan Siasatan Jenayah, Senior Asisten Komisioner Rahimi Ra'ais berkata, kesemua mereka berusia di antara 23 hingga 50 tahun itu bukan sahaja ditahan kerana kesalahan bermain berjudi tetapi turut didapati melanggar Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) yang sedang dikuatkuasa ketika ini.

Khemah yang didirikan dibelakang stor sayur dijadikan tempat berjudi.
Khemah yang didirikan dibelakang stor sayur dijadikan tempat berjudi.

"Pemeriksaan mendapati mereka terlibat dengan pertaruhan judi jenis daun pakau dan menjalankan aktiviti itu sejak seminggu lalu.

"Dalam serbuan itu kita turut merampas 52 keping daun pakau, jam digital, empat meja bersama kaki besi serta wang tunai hampir RM10,000,"katanya ketika dihubungi Sinar Harian pada Sabtu.

Rahimi berkata, kesemua mereka dibawa ke Ibu Pejabat Polis Daerah Timur Laut untuk dokumentasi dan dikenakan kompaun kerana ingkar dengan PKP.

Katanya, mereka kini disiasat mengikut Seksyen 4(1)(c),Seksyen 7(2) Akta Rumah Judi Terbuka 1953 manakala tindakan kompaun diambil di bawah Peraturan 19(1) Peraturan-Peraturan Pencegahan dan Pengawalan Penyakit Berjangkit (No. 4) 2021.

Sementara itu, Rahimi berkata, tindakan secara agresif oleh pihak polis akan berterusan ke atas semua aktiviti haram dan juga bagi mengekang penularan wabak Covid-19.

Beliau menasihatkan orang ramai tidak lagi terlibat dalam aktiviti itu selain mengalu-alukan sebarang maklumat daripada masyarakat sekiranya mengetahui sebarang kegiatan jenayah dan aktiviti haram.


Dapatkan laporan yang lebih eksklusif dan kritis, sila layari Sinar Premium
Artikel ini ialah ©️ 2018 Hakcipta Terpelihara Kumpulan Karangkraf. Sebarang salinan tanpa kebenaran akan dikenakan tindakan undang-undang

Newsletter

Berita Telus & Tulus hanya untuk anda setiap hari. Langgan Sekarang!