Harga minyak sawit mentah cecah RM4,652 satu tan

Harga minyak sawit mentah melonjak ke paras tertinggi dalam sejarah iaitu RM4,652.00 satu tan pada Khamis yang merupakan harga tertinggi dalam sejarah industri sawit Malaysia. Gambar kecil: Mohd Khairuddin
Harga minyak sawit mentah melonjak ke paras tertinggi dalam sejarah iaitu RM4,652.00 satu tan pada Khamis yang merupakan harga tertinggi dalam sejarah industri sawit Malaysia. Gambar kecil: Mohd Khairuddin
A
A
A

SHAH ALAM - Harga minyak sawit mentah (MSM) melonjak ke paras tertinggi dalam sejarah iaitu RM4,652 satu tan pada Khamis yang merupakan harga tertinggi dalam sejarah industri sawit Malaysia.

Menteri Perusahaan, Perladangan dan Komoditi, Datuk Dr Mohd Khairuddin Aman Razali berkata, prestasi itu merupakan kali kesembilan kenaikan harga tertinggi direkodkan dalam tahun 2021.

Menurutnya, harga tertinggi sebelum ini ialah RM4,548.50 setan yang direkodkan pada 5 Mei (Rabu) lalu manakala harga awalan MSM pada Jumaat pula adalah RM4,753 bagi satu tan.

Dalam pada itu, Mohd Khairuddin yang juga Ahli Parlimen Kuala Nerus berkata, buat pertama kali dalam sejarah juga harga buah tandan segar sawit di ladang melebihi RM1,000 pertan metrik.

“Moga tersenyumlah para peneroka dan pekebun kecil di kampung,” kata Ahli Jawatankuasa Pas Pusat itu dalam kenyataan di Facebooknya pada Jumaat malam.

Di bawah ini disertakan rekod harga tertinggi MSM sehingga Khamis sejak Mac sehingga Khamis lalu.

RM4,247.50 (15 Mac 2021) RM4,270 (9 April 2021) RM4,306.50 (21 April 2021) RM4,376.50 (22 April 2021) RM4,428.50 (23 April 2021) RM4,502 (3 Mei 2021) RM4,525.50 (4 Mei 2021) RM4,548.50 (5 Mei 2021) RM4,652 (6 Mei 2021)

Artikel Berkaitan: