Polis rampas 99 kotak mercun bernilai RM10,000

Antara merampas pelbagai jenis mercun susulan penahanan seorang lelaki di Jalan Kenanga, Kuala Lumpur pada Jumaat.
Antara merampas pelbagai jenis mercun susulan penahanan seorang lelaki di Jalan Kenanga, Kuala Lumpur pada Jumaat.
A
A
A

KUALA LUMPUR - Polis menahan seorang lelaki dan merampas mercun pelbagai jenis dan jenama dianggar bernilai RM10,000 ketika sedang menjalankan operasi pematuhan Op Covid-19 di Jalan Kenanga, di sini pada Jumaat.

Ketua Polis Daerah Dang Wangi, Asisten Komisioner Mohamad Zainal Abdullah berkata, suspek berusia lingkungan 50-an yang sedang memandu Proton Exora itu ditahan sepasukan polis dari Balai Polis Tun H S Lee kira-kira jam 11.20 malam.

"Pemeriksaan di dalam kenderaan itu menemui 99 kotak mercun dipercayai untuk dijual kepada penduduk di sekitar Kuala Lumpur sempena sambutan hari raya," katanya dalam kenyataan pada Sabtu.

Beliau berkata, kes disiasat di bawah Seksyen 8 Akta Bahan Letupan 1957.

Katanya, orang ramai boleh memaklumkan sebarang aktiviti penjualan mercun sepanjang tempoh perayaan ini dengan menghubungi Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Dang Wangi di talian 03-26002222 atau Hotline Polis Kuala Lumpur di talian 03-2115999 atau mana-mana balai polis yang berhampiran.

Artikel Berkaitan: