X

Kindly register in order to view this article
!

Selasa | 19 Oktober 2021

Hasil sektor perkhidmatan merosot

Hasil sektor perkhidmatan bagi suku tahun pertama 2021 merekodkan RM428.5 bilion.
A
A

[INFOGRAFIK] Hasil sektor Perkhidmatan bagi suku tahun pertama 2021 merekodkan RM428.5 bilion, menurun -1.7 peratus berbanding suku tahun keempat 2020.

Ketua Perangkawan Malaysia, Datuk Seri Dr Mohd Uzir Mahidin berkata, pertumbuhan tersebut disumbangkan oleh segmen Perdagangan Borong dan Runcit; Makanan dan Minuman serta Penginapan (-RM4.6 bilion; -1.3 peratus).

“Sementara itu, jumlah hasil bagi perbandingan tahunan menguncup -2.1 peratus, berbanding -5.1 peratus pada suku tahun sebelumnya,” katanya dalam satu kenyataan pada Jumaat.

Beliau berkata, jumlah pekerja dalam sektor perkhidmatan berjumlah 3.7 juta orang iaitu penurunan seramai 10,892 orang atau -0.3 peratus berbanding suku tahun keempat 2020.

Jelasnya, perbandingan tahun ke tahun bilangan pekerja pula merekodkan pertumbuhan negatif -2.2 peratus atau penurunan 80,693 orang.

“Pada suku tahun ini, gaji dan upah yang dibayar adalah RM24.2 bilion, berkurang -1.9 peratus berbanding suku tahun sebelumnya, manakala perbandingan tahunan mencatatkan penurunan -3.1 peratus,” katanya.

Dr Mohd Uzir berkata, jumlah hasil bagi segmen Perdagangan Borong dan Runcit; Makanan dan Minuman serta Penginapan menguncup -1.3 peratus kepada RM346.7 bilion berbanding suku tahun keempat 2020.

Menurutnya, kejatuhan tersebut disumbangkan oleh subsektor Perdagangan Borong dan Runcit (-RM3.7 bilion; -1.1 peratus) serta Makanan dan Minuman (-RM0.8 bilion; -5.peratus).

“Bagi perbandingan tahun ke tahun, segmen ini mencatatkan penurunan -0.2 peratus. Bilangan pekerja bagi segmen ini merekodkan pertumbuhan -0.3 peratus kepada 2.8 juta orang berbanding suku tahun keempat 2020.

“Gaji dan upah yang dibayar bertumbuh negatif 1.0 peratus kepada RM14.8 bilion. Bagi perbandingan tahun ke tahun, bilangan pekerja dan gaji dan upah yang dibayar masing-masing menurun -1.7 peratus dan -1.0 peratus,” katanya.

Beliau berkata, Maklumat dan Komunikasi serta Pengangkutan dan Penyimpanan mencatatkan penurunan jumlah hasil kepada RM59.8 bilion atau 3.3 peratus berbanding suku tahun keempat 2020.

Katanya, penurunan tersebut didorong oleh subsektor Maklumat dan Komunikasi (-RM1.1 bilion; -2.8 peratus) serta Pengangkutan dan Penyimpanan (-RM1.0 bilion; -4.3 peratus).

“Bagi perbandingan tahunan, jumlah hasil juga menguncup 6.4 peratus. Bilangan pekerja bagi segmen ini meningkat 0.04 peratus kepada 452,655 orang berbanding suku tahun sebelumnya.

“Gaji dan upah yang dibayar pula menurun 6.7 peratus kepada RM4.4 bilion. Bagi perbandingan dengan suku tahun pertama 2020, bilangan pekerja dan jumlah gaji dan upah yang dibayar merekodkan pertumbuhan negatif iaitu masing-masing 4.8 peratus dan 10.5 peratus,” katanya.

Menurutnya, sejumlah RM12.9 bilion hasil telah dijana bagi segmen Kesihatan; Pendidikan serta Kesenian, Hiburan dan Rekreasi pada suku tahun pertama 2021 dengan penurunan 3.8 peratus berbanding suku tahun keempat 2020.

Jelasnya, penurunan tersebut disumbangkan oleh subsektor Kesenian, Hiburan dan Rekreasi (-RM0.7 bilion; -19.9 peratus) serta Kesihatan (-RM0.04 bilion; -0.7 peratus).

“Segmen ini mencatatkan penurunan jumlah hasil -23.1 peratus bagi perbandingan tahunan. Pada suku tahun ini, bilangan pekerja yang direkodkan adalah seramai 279,179 orang iaitu menurun 1.2 peratus berbanding suku tahun sebelumnya.

“Gaji dan upah yang dibayar meningkat 0.6 peratus kepada RM2.4 bilion. Bagi perbandingan tahun ke tahun, bilangan pekerja dan gaji dan upah yang dibayar merekodkan pertumbuhan negatif iaitu masing-masing 2.5 peratus dan 3.8 peratus,” katanya.

Dr Mohd Uzir berkata, segmen Profesional dan Ejen Hartanah mencatatkan penurunan jumlah hasil kepada RM9.0 bilion atau -2.7 peratus berbanding suku tahun keempat 2020.

Tambahnya, penurunan berkenaan didorong oleh subsektor Profesional (-RM0.2 bilion; -2.7 peratus) dan Ejen Hartanah (-RM0.01 bilion; -2.6 peratus).

“Bagi perbandingan tahunan, jumlah hasil merekodkan pertumbuhan negatif 8.1 peratus. Bilangan pekerja bagi segmen ini menurun 0.3 peratus suku tahun ke suku tahun kepada 177,390 orang.

“Jumlah gaji dan upah yang dibayar mengalami penurunan 0.2 peratus kepada RM2.5 bilion. Bagi perbandingan dengan suku tahun pertama 2020 pula, bilangan pekerja serta jumlah gaji dan upah yang dibayar merekodkan pertumbuhan negatif iaitu masing-masing 1.1 peratus dan 0.6 peratus,” katanya.


Dapatkan laporan yang lebih eksklusif dan kritis, sila layari Sinar Premium
Artikel ini ialah ©️ 2018 Hakcipta Terpelihara Kumpulan Karangkraf. Sebarang salinan tanpa kebenaran akan dikenakan tindakan undang-undang

Newsletter

Berita Telus & Tulus hanya untuk anda setiap hari. Langgan Sekarang!