X

Kindly register in order to view this article
!

Ahad | 28 November 2021

Bunga Raya nama baharu skuad ragbi negara

Aksi pemain skuad ragbi tujuh sebelah negara ketika mengambil bahagian pada Sukan Asia Pelembang 2018. - Foto KRM
A
A

KESATUAN Ragbi Malaysia (KRM) menyelaraskan nama gelaran tiga skuad ragbi kebangsaan dalam usaha menyuntik semangat pasukan dalam mengharungi norma baharu.

Setiausaha Agung Kehormat KRM, Amrul Hazarin Hamidon berkata, skuad ragbi 15 sebelah, skuad ragbi lelaki tujuh sebelah, skuad ragbi wanita tujuh sebelah kini menggunakan nama gelaran Bunga Raya.

Menurut Amrul Hazarin, mesyuarat exco persatuan itu memutuskan menggunakan nama Bunga Raya untuk ketiga-tiga skuad ragbi 15 sebelah (Bunga Raya), skuad ragbi lelaki tujuh sebelah (Rimau Sevens), skuad ragbi wanita tujuh sebelah (Panther Ladies).

“Langkah penjenamaan semula oleh KRM ini antara salah satu pelan strategi pemasaran persatuan dalam usaha mengaktifkan dan merancakkan proses pencarian dana serta tajaan pihak korporat untuk skuad negara.

“Penjenamaan atau penyelarasan nama baharu ketiga-tiga pasukan ini diharap dapat memberi nafas baharu selain sebagai kesinambungan secara menyeluruh kepada skuad ragbi negara,” katanya kepada Sukan Sinar pada Jumaat.

Mengenai perkembangan terkini vaksinasi Covid-19 kem ragbi negara, Amrul Hazarin berkata, pada masa ini skuad ragbi negara masih menunggu giliran untuk menerima suntikan daripada Kementerian Kesihatan.

“Kami sudah pun menghantar senarai pemain, jurulatih dan pegawai dari kem ragbi negara untuk suntikan vaksin. Cuma buat masa ini kami masih menunggu panggilan pihak Kementerian Kesihatan untuk suntikan dalam masa terdekat.

“Insya-ALLAH jika tiada aral melintang selepas menerima vaksinasi pemain kedua-dua skuad akan menyahut cabaran pada saingan Kejuaraan Siri Ragbi Tujuh Asia di Incheon Korea Selatan pada Ogos depan.

“Skuad ragbi lelaki dan wanita tujuh sebelah negara kini sedang giat menjalani latihan di padang Majlis Sukan Negara (MSN) sebagai persiapan ke kejohanan tersebut,” katanya.

Saingan Kejuaraan Siri Ragbi Tujuh Asia musim ini dijangka bermula 28 hingga 29 Ogos diikuti 11 hingga 12 September di Huizhou, China dan 25 hingga 26 September di Colombo, Sri Lanka.


Dapatkan laporan yang lebih eksklusif dan kritis, sila layari Sinar Premium
Artikel ini ialah ©️ 2018 Hakcipta Terpelihara Kumpulan Karangkraf. Sebarang salinan tanpa kebenaran akan dikenakan tindakan undang-undang

Newsletter

Berita Telus & Tulus hanya untuk anda setiap hari. Langgan Sekarang!