Polis benarkan campur tangan?

Musa Hassan
Musa Hassan
A
A
A

SEORANG lagi mantan Ketua Polis Negara (KPN) yang berani berterus-terang ialah Tan Sri Musa Hassan.

Dalam wawancara dengan akhbar ini dua hari lepas, beliau dedahkan bahawa pada waktu beliau menjadi KPN memang ada campur tangan politik.

Campur tangan itu termasuklah cubaan guna pegawai di bawah untuk buat kerja tanpa pengetahuan KPN.

Beliau juga sebut ada tindakan bubarkan satu-satu unit dan bahagian dalam polis. Begitu juga dalam hal meminta rakan orang politik yang buat salah dibebaskan.

Kita semua tahu Musa ada masalah dengan orang politik tertentu masa itu. Tapi dalam era yang lain mungkin campur tangan berlaku secara terang-terangan.

“Ia berlaku kerana kita (polis) membenarkan,” katanya.

Agaknya orang politik makin berani oleh sebab mereka rasa boleh ‘makan’ pihak polis. Maksudnya polis akan ikut telunjuk mereka.

Musa juga sebut menteri tidak boleh gunakan Cawangan Khas untuk kepentingan politik mereka.

Artikel Berkaitan:

Beliau akan lawan sebarang arahan yang menurutnya salah dan tak ikut peraturan. Polis bukan budak suruhan menteri.

Awang kagum dengan pendirian Musa dan Hamid Bador, kedua-duanya mantan KPN yang rakyat sanjung.

Ada banyak pihak yang mahu kuasa menteri dalam Suruhanjaya Pasukan Polis (SPP) itu diperjelaskan supaya tiada masalah kelak.

Biar menteri tahu apa yang boleh dan tidak boleh dilakukannya atau di mana bidang kuasanya yang sebenar. Inilah masa yang terbaik.