PH disokong jika janji ditunai

181113
181113
A
A
A

KERAJAAN PH akan terus menerima sokongan daripada segenap lapisan rakyat andainya segala janji dalam manifesto dapat ditunaikan.

Timbalan Speaker Dewan Rakyat, Nga Kor Ming menegaskan, apabila janji dapat ditunaikan, maka rakyat tanpa berbilang kaum pastinya akan merasai usaha murni kerajaan dan seterusnya memberi mandat sekali kepada PH menerajui pentadbiran kerajaan pada PRU akan datang.

“Apa yang sedang dilakukan PH bukanlah sekadar mahu memenangi hati pengundi Melayu ataupun bimbang kehilangan sokongan daripada pengundi Cina.

“Pucuk pimpinan kerajaan kini bukan hanya mengutamakan sesuatu kaum. Kerajaan kita pada hari ini ialah menjaga kepentingan semua kaum. Kita mahu melahirkan bangsa Malaysia yang sejati,” kata Kor Ming ditemubual oleh Sin Chew Daily.

Menyentuh mengenai sentimen pengundi Cina yang dikatakan sudah menunjukkan tanda-tanda kecewa terhadap pentakbiran PH pada hari ini, kata Kor Ming, apa yang penting untuk dilakukan ialah PH perlu menepati janji-jani yang telah disenaraikan dalam manifesto ketika PRU14.

“Keempat-empat parti dalam komponen PH telahpun mengadakan mesyuarat dan hasil perbincangan yang berpanjangan, kami telah bersetuju untuk terus melaksanakan janji-jani ini walaupun menghadapi kesukaran sekalipun,” katanya.

Sebagai contoh, jelas beliau yang juga Ahli Parlimen Teluk Intan, masalah pemansuhan tol adalah salah satu isu yang sukar dilakukan dalam tempoh terdekat memandangkan kerajaan masih mempunyai perjanjian dengan syarikat konsesi.

“Sekiranya kerajaan buat keputusan untuk menghapuskan bayaran tol, bayaran pampasan perlu dilakukan segera kepada syarikat konsesi.

Artikel Berkaitan:

“Bagaimanapun, langkah menghapuskan tol boleh dilakukan secara berperingkat. Misalnya dalam tempoh lima tahun akan datang, boleh senaraikan berapa plaza tol bakal ditutup. Sekiranya ini boleh dilakukan, rakyat pastinya akan nampak keikhlasan kerajaan mengurangkan beban pengguna,” kata Kor Ming lagi.

Ditanya mengenai kritikan terhadap DAP yang kini mengambil sikap diam diri dalam beberapa isu nasional, kata Kor Ming yang juga Timbalan Setiausaha Agung DAP, untuk mengatasi isu-isu berbangkit, apa yang dilakukan partinya hari ini tentulah jauh beza berbanding sebelum menjadi pmbangkang.

“Sebagai salah sebuah parti komponen dalam kerajaan, pemimpin-pemimpin DAP mempunyai saluran yang boleh terus berkomunikasi dengan Perdana Menteri dan menteri-menteri Kabinet dan tidak lagi boleh menghebohkan sesuatu isu melalui sidang media untuk tujuan publisiti,” katanya.