Cavani hero Manchester United

Cavani
Cavani
A
A
A

MANCHESTER United akhirnya menamatkan badi dalam empat aksi separuh akhir sebelum ini apabila berjaya melangkah ke final Liga Europa selepas menyingkirkan AS Roma.

Lebih manis, ia merupakan kejayaan pertama United mara ke pentas final di bawah era pengurus, Ole Gunnar Solskjaer yang mula menerajui The Red Devils pada Disember 2018.

Biarpun tewas 2-3 pada aksi separuh akhir kedua di Stadio Olimpico awal pagi Jumaat, United masih berhak menyambar tiket final dengan agregat 8-5 hasil kemenangan 6-2 di Old Trafford minggu lalu.

Penyerang United, Edinson Cavani turut melakar sejarah di pentas Eropah itu apabila muncul pemain pertama yang menjaringkan dua gol dalam kedua-dua aksi separuh akhir sejak Klaus Allofs melakukannya ketika FC Colonge berdepan KSV Waregem pada Piala UEFA 1985/1986.

“Sebab utama kami mara ke final disebabkan kami memiliki penyerang yang menjaringkan empat gol dalam kedua-dua aksi ini. Edinson sekali lagi membuktikan mengapa dia perlu kekal di Old Trafford.

“Bola sepak memiliki bahasa tersendiri. Edinson telah membuktikannya malam ini dan dalam kebanyakan perlawanan sebelum ini. Dia memiliki karakter tersendiri sebagai seorang penyerang,” kata Solskjaer.

Artikel Berkaitan: