GOJO beri diskaun tambang kepada penerima vaksin

GOJO memberikan diskaun tambang 10 peratus kepada penerima vaksin.
GOJO memberikan diskaun tambang 10 peratus kepada penerima vaksin.
A
A
A

KUALA LUMPUR - Kepada penerima vaksin yang menggunakan khidmat e-hailing GOJO untuk ke tempat vaksinasi Covid-19, 10 peratus diskaun tambang akan diberikan kepada mereka.

Ketua Pegawai Operasi GOJO, Pradeep Kumar berkata, inisiatif itu adalah untuk membantu masyarakat khususnya kelompok B40 dalam menjayakan program vaksinasi kerajaan.

Beliau berkata, pihak GOJO dan para pemandu amat berbangga dengan program vaksinasi Covid-19 dan menyokong sepenuhnya program vaksinasi yang dilaksanakan kerajaan.

“Pihak GOJO menawarkan ciri tempahan awal iaitu individu boleh membuat tempahan lebih awal sebelum dari waktu temu janji vaksinasi bagi memastikan mereka tidak terlepas untuk sesi vaksinasi yang telah ditetapkan,” katanya dalam kenyataan di sini pada Jumaat.

Bagi menikmati tawaran istimewa itu penumpang hanya perlu memuat turun aplikasi GOJO dan gunakan kod promo ‘VAKSIN’ ketika membuat tempahan bagi mendapatkan potongan harga untuk setiap perjalanan.

GOJO kini menjadi aplikasi e-hailing paling pesat berkembang di Malaysia dengan mencatatkan 160 ribu muat turun dari pelanggan dan pemandu. - Bernama

Artikel Berkaitan: