X

Kindly register in order to view this article
!

Kluster baharu Ladang LSP direkodkan di Kinabatangan, Sandakan

Masidi Manjun
A
A

KOTA KINABALU - Satu kluster baharu Covid-19 iaitu Kluster Ladang LSP direkodkan di dua daerah negeri ini, iaitu Kinabatangan dan Sandakan hari ini melibatkan 20 kes positif pekerja ladang kelapa sawit.

Menteri Kerajaan Tempatan dan Perumahan Sabah, Datuk Masidi Manjun berkata, kes Indeks merupakan seorang lelaki 27 tahun pekerja ladang di Kinabatangan, yang disahkan positif Covid-19 hasil ujian saringan masuk kerja di sebuah klinik swasta pada 21 April lepas.

Beliau yang juga jurucakap kerajaan negeri berkaitan Covid-19 berkata, susulan kes itu saringan kontak mengesan 19 lagi kes positif Covid-19 di dua daerah tersebut, melibatkan kluster yang sama.

“Sebanyak 13 kes hasil saringan tempat tinggal iaitu Ladang Sungai Pin, Kinabatangan dan dua lagi kes dikesan di Ladang Kinabatangan; manakala empat lagi kes dikesan hasil saringan kontak serumah di Ladang Sepagaya, Sandakan.

“Hingga kini aktiviti persampelan Covid-19 dan disinfeksi diteruskan, untuk menilai jangkitan dan risiko kemungkinan jangkitan lebih meluas kepada pekerja ladang yang lain,” katanya menerusi kenyataan di sini malam ini.

Sementara itu Masidi berkata, berdasarkan laporan Jabatan Kesihatan Negeri Sabah, jumlah kes positif baharu Covid-19 pada hari ini adalah sebanyak 153 kes, menjadikan jumlah kumulatif sebanyak 58,733 kes. - Bernama


Artikel ini ialah ©️ 2018 Hakcipta Terpelihara Kumpulan Karangkraf. Sebarang salinan tanpa kebenaran akan dikenakan tindakan undang-undang

Newsletter

Berita Telus & Tulus hanya untuk anda setiap hari. Langgan Sekarang!