X

Kindly register in order to view this article
!

Kepercayaan kepada institusi di Malaysia urus Covid-19 meningkat

Indeks Kepercayaan Malaysia adalah lebih tinggi berbanding Asia Pasifik dalam menguruskan cabaran pandemik Covid-19. (Gambar hiasan)
A
A

KUALA LUMPUR - Barometer Kepercayaan Eldermen 2021 mendapati kepercayaan kepada semua institusi di Malaysia termasuk kerajaan, perniagaan, media dan pertubuhan bukan kerajaan (NGO) telah meningkat susulan langkah tegas terhadap pandemik Covid-19.

Dalam kenyataan pada Jumaat, ia memaklumkan Malaysia mencapai skor purata Indeks Kepercayaan sebanyak 66 mata dengan mencatatkan peningkatan enam mata daripada 2020, dan naik dua tempat ke kedudukan ketujuh dalam kedudukan Indeks Kepercayaan Global.

Barometer Kepercayaan Eldermen 2021 merupakan kajian kepercayaan dan kredibiliti tahunan syarikat ke-21.

Kajian itu diperkasakan oleh Edelman Data & Intelligence dan mengandungi temu bual secara dalam talian selama 30 minit yang dijalankan pada 19 Oktober dan 18 November 2020.

Indeks Kepercayaan Malaysia adalah lebih tinggi berbanding Asia Pasifik daripada purata (62 mata) Asia Pasifik dan (56 mata) global dalam menguruskan cabaran pandemik Covid-19 yang tidak pernah berlaku sebelum ini.

Bagaimanapun, kajian itu mendapati kepercayaan dibina di atas landasan yang lemah berikutan ketakutan yang meruncing terhadap pandemik ini telah mewujudkan tindakan segera oleh institusi-institusi ini untuk mencari penyelesaian terhadap masalah sosial yang kritikal.

Menambah baik sistem penjagaan kesihatan telah menjadi 62 mata lebih penting di samping menangani kemiskinan (53 mata) dan menambah baik sistem pendidikan (53 mata).

Untuk maklumat lanjut, layari https://www.edelman.com/trust-barometer. - Bernama


Dapatkan laporan yang lebih eksklusif dan kritis, sila layari Sinar Premium
Artikel ini ialah ©️ 2018 Hakcipta Terpelihara Kumpulan Karangkraf. Sebarang salinan tanpa kebenaran akan dikenakan tindakan undang-undang

Newsletter

Berita Telus & Tulus hanya untuk anda setiap hari. Langgan Sekarang!