Shopee kutip lebih RM200,000 zakat fitrah

Shopee
Shopee
A
A
A

[DIKEMAS KINI] PLATFORM e-dagang Shopee telah bekerjasama dengan dengan tiga institusi zakat, iaitu Pusat Pungutan Zakat Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan (PPZ-MAIWP), Majlis Agama Islam dan Adat Melayu Perak (MAIPk) serta Majlis Ugama Islam Sabah (MUIS) sempena bulan Ramadan ini.

Sehingga kini, kerjasama tersebut telah berjaya menarik lebih 10,000 pengguna dalam kalangan umat islam membayar zakat fitrah secara dalam talian menerusi platform tersebut.

Pengarah Urusan Serantaunya, Ian Ho berkata, jumlah pembayaran yang direkodkan bagi tempoh 12 April hingga kini ialah kira-kira RM200,000.

“Selain memudahkan umat Islam menunaikan zakat fitrah, platform kami (Shopee) tidak mengenakan sebarang bayaran perkhidmatan kepada pelanggan.

“Para pengguna hanya perlu memilih pembayaran zakat melalui ‘Deals, Top-ups & Bills’ dalam aplikasi Shopee dan ikuti langkah-langkah mudah yang diberikan,” katanya ketika dihubungi pada Jumaat.

Beliau berkata, sehingga kini, pihaknya bekerjasama dengan Pusat Pungutan Zakat Majlis Agama Islam WIlayah Persekutuan, Majlis Agama Islam dan Adat Melayu Perak serta Majlis Ugama Islam Sabah selain menyasarkan jalinan kerjasama dengan semua institusi zakat di seluruh negara pada masa hadapan.

Ho berkata, Shopee akan terus berusaha meningkatkan komitmen memudahkan umat Islam khususnya bagi menunaikan zakat fitrah untuk disalurkan kepada golongan memerlukan lebih-lebih lagi ketika negara berdepan ancaman pandemik Covid-19.

Pengguna setia Shopee, Nur Hazwani Ishak pula berkata, dia memanfaatkan kemudahan itu tahun ini memandangkan ia memudahkan pengguna kerana dapat membayar zakat fitrah pada bila-bila masa dan di mana sahaja menerusi platform e-dagang tersebut.

Artikel Berkaitan:

“Pengguna tidak perlu risau, proses pembayaran adalah sama seperti kaedah bersemuka. Ia mudah, hanya masukkan jumlah zakat fitrah yang ingin dibayar dan akan ada 'pop-up' niat menunaikan zakat sebelum meneruskan transaksi,” katanya.

Hazwani juga memaklumkan bahawa dia menerima resit transaksi daripada institusi zakat sejurus membuat pembayaran. - Bernama