World #QuranHour cecah 485.7 juta capaian di media sosial

Peserta program World #QuranHour 1442H/2021 membaca surah Al-Mulk pada program yang bertemakan 'Dunia Berbudi dan Penyayang' di Masjid Tuanku Mizan Zainal Abidin pada Khamis.
Peserta program World #QuranHour 1442H/2021 membaca surah Al-Mulk pada program yang bertemakan 'Dunia Berbudi dan Penyayang' di Masjid Tuanku Mizan Zainal Abidin pada Khamis.
A
A
A

SHAH ALAM - Program World #QuranHour berjaya mencatatkan 485.7 juta capaian di media sosial setakat ini membabitkan lebih 2,700 lokasi berdaftar dalam negara dan 42 lokasi di luar negara.

Ketua Pegawai Eksekutif Yayasan Warisan Ummah Ikhlas (WUIF), Marhaini Yusoff berkata, jumlah tersebut melebihi sasaran asal iaitu sebanyak 100 juta.

Bagaimanapun katanya, jumlah itu bukannya nilai keseluruhan bagi tahun 2021 dan dijangka terus bertambah.

“Berdasarkan pengalaman sebelum ini, selepas selesai program World #QuranHour ada lagi segelintir yang menghantar gambar dengan tanda pagar #QuranHour.

“Justeru, kita berjaya mengumpul 485.7 juta capaian di media sosial. Ini sudah melebihi sasaran kita yang mana sebelum ini kita target 100 juta sahaja,” katanya kepada Sinar Harian pada Jumaat.

Program World #QuranHour yang membawa misi Surah Al-Mulk diadakan secara tertutup di Masjid Tuanku Mizan Zainal Abidin, Putrajaya pada Khamis.

Bagaimanapun, ia disiarkan secara langsung di Astro Oasis, TV Alhijrah, Bernama TV, RTM dan platform digital Sinar Harian.

World #QuranHour juga diadakan secara serentak di 2,700 lokasi dalam negara manakala 42 lokasi di luar negara.

Artikel Berkaitan:

Di Malaysia kebanyakan lokasi berlangsung bermula pada jam 12 sehingga 1 tengah hari, manakala di luar negara pula mengikut zon masa masing-masing.