X

Kindly register in order to view this article
!

Unicef bantu bendung penularan Covid-19 di Bangkok

Unicef
A
A

BANGKOK - Tabung Kanak-Kanak Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (Unicef) menyalurkan bantuan untuk kanak-kanak dan keluarga di komuniti Khlong Toei, Bangkok, ekoran lonjakan kes jangkitan Covid-19.

Komuniti di Khlong Toei terdiri daripada penduduk berpendapatan rendah terbesar di Thailand, dengan kira-kira 100,000 penduduk, kebanyakannya bekerja di sektor tidak rasmi serta kurang mendapat akses kepada kebersihan dan bekalan keperluan penting yang lain.

Unicef dalam satu kenyataan berkata, pihaknya mengedarkan susu UHT dan keperluan kebersihan selain membantu menyalurkan maklumat dan garis panduan serta menggerakkan pekerja dan sukarelawan masyarakat untuk membantu melindungi kanak-kanak dan keluarga di kawasan itu.

“Lebih 100,000 barang keperluan kebersihan termasuk sabun, pensanitasi tangan dan pelitup muka akan diagihkan. Susu UHT, buku, mainan dan bahan pembelajaran juga akan diedarkan,” menurut kenyataan itu.

Sukarelawan terlatih dan pekerja komuniti sepenuh masa juga akan ditempatkan untuk membantu mengesan kes baharu dan memastikan kanak-kanak diberikan bantuan yang sewajarnya. - Bernama


Dapatkan laporan yang lebih eksklusif dan kritis, sila layari Sinar Premium
Artikel ini ialah ©️ 2018 Hakcipta Terpelihara Kumpulan Karangkraf. Sebarang salinan tanpa kebenaran akan dikenakan tindakan undang-undang

Newsletter

Berita Telus & Tulus hanya untuk anda setiap hari. Langgan Sekarang!