60 SJR pantau pergerakan rentas daerah di Sabah

Hazani menerima bubur lambuk yang disampaikan oleh wakil dari Koperasi Kakitangan PETRONAS Berhad (KOPETRO) di IPK Sabah, Kota Kinabalu.
Hazani menerima bubur lambuk yang disampaikan oleh wakil dari Koperasi Kakitangan PETRONAS Berhad (KOPETRO) di IPK Sabah, Kota Kinabalu.
A
A
A

KOTA KINABALU - Polis akan melaksanakan 60 sekatan jalan raya (SJR) bagi memantau pergerakan orang ramai daripada melakukan rentas daerah seperti yang diumumkan kerajaan Sabah, pada Khamis.

Pesuruhjaya Polis Sabah, Datuk Hazani Ghazali berkata, keputusan sekatan rentas daerah dikuatkuasakan bermula 10 Mei hingga 16 Mei ini membabitkan hampir 3,000 anggota termasuk Pasukan Gerakan Am (PGA) dan Jabatan Sukarelawan Malaysia (Rela).

"Tiada zon, kecuali Kota Kinabalu, Putatan dan Penampang saja dan yang lain ikut pentadbiran daerah PDRM," katanya ketika ditemui pemberita selepas majlis Pengagihan Bubur Lambuk Oleh Koperasi Kakitangan Petronas Berhad (Kopetro) kepada PDRM Sabah di Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Sabah.

Katanya lagi, pihaknya juga akan menghantar sebanyak 358 pasukan pemantauan untuk pemeriksaan pematuhan prosedur operasi standard (SOP) dari rumah ke rumah.

"Jika didapati lebih 20 orang selain ahli keluarga, polis akan keluarkan kompaun. Kami tidak bertolak ansur. Tidak dibenarkan ziarah menziarahi kecuali keluarga saja, tidak dibenarkan rumah terbuka," katanya.

Sehubungan itu, Hazani menyeru supaya masyarakat setempat tidak pulang ke kampung untuk menyambut hari raya kerana pengalaman yang lalu akan bermulanya kluster baharu.

Artikel Berkaitan: