Sambut hari jadi anak sebelum ditemui mati tergantung

Seorang anggota polis marin berpangkat Lans Koperal sempat menyambut hari jadi anaknya dan bersahur sebelum ditemui tergantung dalam kejadian di Sandakan, awal pagi Jumaat.
Seorang anggota polis marin berpangkat Lans Koperal sempat menyambut hari jadi anaknya dan bersahur sebelum ditemui tergantung dalam kejadian di Sandakan, awal pagi Jumaat.
A
A
A

KOTA KINABALU - Seorang anggota polis marin berpangkat Lans Koperal sempat menyambut hari jadi anaknya dan bersahur sebelum ditemui tergantung dalam kejadian di Sandakan, awal pagi Jumaat.

Mayat lelaki berusia 28 tahun itu ditemui oleh isterinya kira-kira jam 7.30 pagi.

Pesuruhjaya Polis Sabah, Datuk Hazani Ghazali berkata, anggota terbabit mempunyai rekod perkhidmatan yang baik dalam menjalankan tugas dan tiada masalah dengan kakitangan lain termasuk pegawai.

"Polis sedang menyiasat punca kejadian," katanya ketika ditemui pemberita di Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Sabah.

Katanya lagi, mayat dihantar ke Hospital Duchess Of Kent untuk proses dibedah siasat

Artikel Berkaitan: