X

Kindly register in order to view this article
!

Jumaat | 03 Disember 2021

1,282 pelajar UMK pulang beraya

Razli (kanan) membantu para pelajar UMK meletakkan beg pakaian mereka ke dalam bas untuk pulang berhari raya di kampung halaman masing-masing.
A
A

BACHOK - Seramai 1,282 orang pelajar Universiti Malaysia Kelantan (UMK) dibenarkan untuk pulang beraya di kampung halaman masing-masing bersama keluarga tercinta selepas dibenarkan oleh kerajaan meskipun aktiviti rentas negeri masih dibekukan ketika ini susulan peningkatan kes Covid-19.

Timbalan Naib Canselor (Hal Ehwal Pelajar dan Alumni) UMK, Profesor Dr Razli Che Razak berkata, proses kepulangan pelajar terlibat ke kampung halaman masing-masing mengikut prosedur operasi standard (SOP) sebagaimana ditetapkan kerajaan.

"Untuk makluman 323 orang pelajar telah pulang pada Khamis dan Jumaat menggunakan bas di bawah seliaan pihak UMK," katanya dalam satu kenyataan pada Jumaat.

Menurutnya, pergerakan pelajar itu merangkumi Wilayah Persekutuan, Negeri Sembilan, Melaka, Johor, Perak, Pahang, Terengganu dan zon utara.

Beliau berkata, daripada jumlah tersebut, seramai 531 pelajar pulang ke rumah masing-masing selepas dijemput oleh keluarga.

Razli berkata, seramai 51 pelajar pula menggunakan perkhidmatan penerbangan untuk pulang ke rumah masing-masing dan baki selebihnya membabitkan penuntut UMK yang sedang menjalani latihan industri di seluruh negara.

Katanya, kesemua penuntut itu akan kembali semula ke kampus masing masing bermula 15 dan 16 Mei depan.

"Setiap penuntut ini akan akan diletakkan dalam pengasingan selama 10 hari," katanya.


Dapatkan laporan yang lebih eksklusif dan kritis, sila layari Sinar Premium
Artikel ini ialah ©️ 2018 Hakcipta Terpelihara Kumpulan Karangkraf. Sebarang salinan tanpa kebenaran akan dikenakan tindakan undang-undang

Newsletter

Berita Telus & Tulus hanya untuk anda setiap hari. Langgan Sekarang!