X

Kindly register in order to view this article
!

Selasa | 26 Oktober 2021

Sanitasi hotel setiap jam, beri jaminan keselamatan penularan Covid-19

Operasi pembersihan dan sanitasi dilakukan di sebuah bilik di Hotel The Grand Renai, Kota Bharu.
A
A

KOTA BHARU – Bagi memastikan kebersihan hotel terjamin, beberapa hotel utama yang sering dikunjungi orang ramai di negeri ini mengambil pendekatan melakukan proses sanitasi setiap masa bagi memastikan penularan Covid-19 dapat dikawal sebaik mungkin.

Walaupun berdepan pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP), namun rata-rata hotel di sini masih menerima pelanggan tetap yang terdiri daripada agensi-agensi pengeluar minyak untuk hentian transit sebelum kakitangan mereka dibenarkan pulang ke rumah mahupun kembali ke tempat kerja selepas menjalani ujian swab.

Pengurus Besar Hotel Ibis Styles Kota Bharu, Zac Harun berkata, walaupun hotel berkenaan dibuka dalam keadaan penularan pandemik tersebut, namun mereka telah melakukan persediaan awal melibatkan proses sanitasi di bilik dan kawasan tumpuan pengunjung.

Zac Harun
Zac Harun

“Kita memang sangat tekankan proses sanitasi hotel ini tambahan pula kami berada di bawah Accor Hotel, yang mana memerlukan label kebersihan ‘AllSafe’. Label ini dikeluarkan dari Accor yang berpengkalan di Perancis.

“Untuk bilik, setiap kali tetamu membuat pendaftaran keluar, kita akan mulakan proses sanitasi, manakala untuk kawasan awam di dalam hotel seperti lobi, kawasan riadah kanak-kanak, kaunter utama, lif dan tandas akan disanitasi setiap dua jam,” katanya kepada Sinar Harian di sini pada Jumaat.

Mengulas lanjut, Zac memberitahu, untuk kawasan utama di lobi hotel, tiga orang pekerja akan ditugaskan untuk membersihkan kawasan berkenaan dan bilik tetamu pula lebih daripada empat orang pada satu-satu masa.

Pekerja yang melakukan proses sanitasi juga perlu memakai pakaian yang bersesuaian bagi memastikan mereka tidak terdedah dengan sebarang risiko. Bahagian Pengurusan Bilik (Housekeeping) akan menyimpan rekod sanitasi yang dilakukan dan mereka diberikan tanggungjawab sepenuhnya untuk melaksanakan proses tersebut.
Pekerja yang melakukan proses sanitasi juga perlu memakai pakaian yang bersesuaian bagi memastikan mereka tidak terdedah dengan sebarang risiko. Bahagian Pengurusan Bilik (Housekeeping) akan menyimpan rekod sanitasi yang dilakukan dan mereka diberikan tanggungjawab sepenuhnya untuk melaksanakan proses tersebut.

Sementara itu, perkara yang sama juga dikongsi Pengurus Besar Hotel The Grand Renai Kota Bharu, Amer Ahmad yang melakukan proses sanitasi keseluruhan sebanyak dua kali sehari di hotel berkenaan.

Katanya, sanitasi biasa akan dilakukan setiap satu jam dan setiap kali pengunjung menggunakan dewan utama mahupun bilik yang disediakan.

“Sanitasi biasa setiap satu jam sekali manakala sanitasi keseluruhan kita buat dua kali sehari. Kadang-kadang ada kawasan yang berisiko yang kita perlu lebih fokus, itulah gunanya kita buat sanitasi keseluruhan tersebut.

“Bahagian Pengurusan Bilik (Housekeeping) akan menyimpan rekod sanitasi yang dilakukan dan mereka diberikan tanggungjawab sepenuhnya untuk melaksanakan proses tersebut.

“Ia akan dipantau oleh Bahagian Keselamatan Hotel untuk memastikan proses berjalan dengan baik, mengikut jadual dan mengikut prosedur yang sepatutnya,” katanya.

Lift merupakan antara lokasi yang difokuskan untuk setiap proses sanitasi di Hotel Ibis Styles Kota Bharu.
Lift merupakan antara lokasi yang difokuskan untuk setiap proses sanitasi di Hotel Ibis Styles Kota Bharu.

Selain itu, Amer memberitahu, kakitangan hotel juga perlu melakukan sanitasi diri sebelum masuk ke hotel, mahupun ketika mahu pulang selepas bekerja.

Langkah tersebut amat penting bagi memastikan mereka tidak terdedah dengan risiko jangkitan dari luar mahupun di tempat kerja.


Dapatkan laporan yang lebih eksklusif dan kritis, sila layari Sinar Premium
Artikel ini ialah ©️ 2018 Hakcipta Terpelihara Kumpulan Karangkraf. Sebarang salinan tanpa kebenaran akan dikenakan tindakan undang-undang

Newsletter

Berita Telus & Tulus hanya untuk anda setiap hari. Langgan Sekarang!