Vakum,mop lantai dengan Vakum tanpa wayar Philips Siri 8000 Akua

Vakum tanpa wayar Philips Siri 8000 Akua berfungsi untuk membersihkan
dan mengelap lantai atau sofa dalam satu penggunaan.
Vakum tanpa wayar Philips Siri 8000 Akua berfungsi untuk membersihkan dan mengelap lantai atau sofa dalam satu penggunaan.
A
A
A

Dalam keadaan kita sering diingatkan tentang penjagaan kesihatan dan amalan kebersihan, vakum ibarat satu penyelamat. Melengkapi keperluan peralatan dalam rumah masa kini, vakum antara alatan wajib ada.

Dengan perubahan teknologi dari semasa ke semasa, terdapat begitu banyak jenis pembersih vakum di pasaran. Namun, timbul pula keraguan dari segi isu jenama dan harga, masalah kualiti serta cara penggunaannya.

Dalam situasi Perintah Kawalan Pergerakan (PKP), ramai yang berada lama di rumah berbanding di luar. Justeru, permintaan terhadap produk pembersihan meningkat kerana kesedaran lebih tinggi dalam hal berkaitan kebersihan dalaman rumah.

Pelbagai lambakan jenama berlumba-lumba menawarkan produk dengan pelbagai fungsi dan keistimewaan. Hinggakan ramai yang keliru untuk memilih yang mana satu peralatan elektrik paling sesuai untuk keperluan masing-masing.

Apatah lagi dengan keadaan ekonomi ketika kini, pengguna pasti mula berhati-hati untuk mendapatkan barangan elektrik. Meskipun ia antara peralatan wajib ada, namun pulangan yang diterima haruslah berbaloi dengan wang yang dilaburkan!

Mudah dan cepat

Vakum tanpa wayar Philips Siri 8000 Akua bertindak pantas untuk menyedut bulu haiwan
peliharan dan memastikan kebersihan bilik anak-anak kecil terjaga.
Vakum tanpa wayar Philips Siri 8000 Akua bertindak pantas untuk menyedut bulu haiwan peliharan dan memastikan kebersihan bilik anak-anak kecil terjaga.

Bercakap tentang vakum, lazimnya pengguna lebih gemar alat tanpa wayar kerana tugas membersihkan rumah sering dianggap sebagai tugas yang sukar. Apakah kebaikan menggunakan vakum tanpa kabel?

Artikel Berkaitan:

Vakum tanpa wayar tentulah lebih mudah diurus, ringan dan mampu menyedut habuk secara maksimum berbanding penyedut hampagas konvensional yang lain. Untuk menyedut habuk sawang pada siling rumah atau habuk halus di celah-celah perabot, vakum tanpa wayar paling disyorkan.

Sebilangan besar vakum tanpa wayar di pasaran adalah versi kering iaitu tanpa fungsi mengelap. Philips menawarkan Vakum tanpa wayar Philips Siri 8000 Akua di mana kerja-kerja pembersihan lantai akan menjadi lebih mudah.

Vakum tanpa wayar Philips Siri 8000 Akua lebih unik kerana berfungsi untuk mengelap dan membersihkan sekali gus. Pada bulan Ramadan dan Syawal, pengguna akan lebih kerap memasak untuk menyediakan juadah ketika bersahur dan berbuka puasa.

Menjelang raya, persiapan perlu dibuat lebih awal. Tradisi memasak dan menghias rumah untuk menyambut tetamu dan saudara-mara akan menjadi lebih daripada biasa. Ini bermakna keperluan membersihkan dapur termasuk memvakum dan mengelap lantai juga menjadi lebih kerap.

Di sinilah peranan Vakum tanpa wayar Philips Siri 8000 Akua berperanan membantu pengguna memahami bagaimana pembersih vakum berfungsi sekali gus dapat meringankan beban anda.

Saat membersihkan rumah akan menjadi lebih mudah, cepat dan tidak memenatkan. Kuasa dan kecekapan Vakum tanpa wayar Philips Siri 8000 Akua mampu menghilangkan habuk halus, sisa makanan dan sampah-sampah kecil pada tempat yang sukar dicapai berbanding menggunakan penyapu.

Kebersihan rumah adalah satu perkara yang harus dititikberatkan terutamanya bagi anda yang mempunyai anak kecil. Mereka yang gemar memasak juga tidak perlu risau lantai berhabuk atau berminyak kerana Vakum tanpa wayar Philips Siri 8000 Akua boleh melenyapkan segalanya dalam satu sesi pembersihan.

Vakum keluaran Philips ini mampu memberi khidmat cemerlang dan boleh dikendalikan dengan mudah. Pemilik haiwan kesayangan dan mereka yang alergi terhadap habuk perlu memiliki Vakum tanpa wayar Philips Siri 8000 Akua

Dengan moto 'membersih bukan sekadar habuk' Vakum tanpa wayar Philips Siri 8000 Akua menawarkan tiga konsep dalam satu penggunaan iaitu:

1. Memvakum dan mengelap dalam satu masa.

2. Menghapus hingga 99% bakteria.

3. Mempunyai muncung sedutan 360 darjah dan menangkap sehingga 99.7% habuk dan kotoran

Vakum tanpa wayar Philips Siri 8000 Akua berada di pasaran bermula April. Untuk keterangan lanjut, layari laman sesawang Philips.

Untuk mengetahui lebih lanjut mengenai promosi yang ditawarkan oleh Philips pada bulan Ramadan & Raya, kunjungi

Kedai Rasmi Philips di Lazada dan Shopee.