Dana raya kini bantuan Covid-19

Ahmad Samsuri Mokhtar
Ahmad Samsuri Mokhtar
A
A
A

MARANG – Pemberian dana raya kepada rakyat Terengganu kini diterjemahkan dalam bentuk bantuan Covid-19 kepada golongan memerlukan.

Menteri Besar, Datuk Seri Dr Ahmad Samsuri Mokhtar berkata, bantuan tunai sebanyak RM100 atau barangan keperluan itu diberikan kepada 1,000 penerima di setiap kawasan Dewan Undangan Negeri (DUN).

Menurutnya, kerajaan negeri kini dalam proses mengenal pasti penerima yang layak dan terjejas dengan pandemik Covid-19 di semua 32 DUN.

“Kita tidak namakan dana raya, kita beri bantuan kepada mereka memerlukan sempena Covid-19 di bulan Ramadan.

“Kalau tanya semua orang masing-masing mahu duit tunai tapi kita aturkan keperluan asasi mereka diberi keutamaan. Duit sekejap saja habis tapi yang penting rakyat dapat teruskan hidup dari segi makan minum terutama ketika Covid-19.

“Walau tidak dinamakan dana raya tapi kita tetap bagi,” katanya selepas hadir ke Majlis Penyampaian Tablet & Bantuan Persekolahan kawasan Dewan Undangan Negeri (DUN) Rhu Rendang di Dewan Perpustakaan Awam Daerah Marang, di sini pada Jumaat.

Hadir sama Presiden yang juga Pengarah Eksekutif Terengganu Inc, Burhanuddin Hilmi Mohamed@Harun.

Sementara itu, Ahmad Samsuri memaklumkan semua penjawat awam di Terengganu menerima bonus sebanyak RM500 seorang sempena Aidilfitri.

Artikel Berkaitan:

Bayaran kepada 13,600 kakitangan awam yang berkhidmat di negeri ini mula dibuat bermula Khamis.