Anggota polis terjun ke sungai deras selamatkan wanita

Mangsa berjaya diselamatkan dan dibawa ke hospital untuk rawatan lanjut. - Foto Newsflare via AP
Mangsa berjaya diselamatkan dan dibawa ke hospital untuk rawatan lanjut. - Foto Newsflare via AP
A
A
A

SEORANG anggota polis sanggup membahayakan diri bagi menyelamatkan seorang wanita daripada lemas dalam air sungai deras di Shanghai, China.

Anggota berkenaan dikatakan sedang lakukan rondaan di tepi sungai apabila dia menerima panggilan kecemasan berkenaan seorang wanita yang terjatuh ke dalam Sungai Huangpu dalam kejadian pada 2 Mei lalu.

Selepas terlihat wanita berkenaan, dia terjus terjun ke dalam sungai bagi menyelamatkan mangsa.

Orang ramai yang menyaksikan kejadian turut membantu dengan membaling pelampung ke arah anggota terbabit.

Mangsa berjaya diselamatkan dan dibawa ke hospital untuk rawatan lanjut.

Artikel Berkaitan: