Iklan raya Petronas tampil berbeza

Petronas tahun ini, menampilkan filem web animasi sempena Aidilfitri bertajuk ‘Syukur Raya’.
Petronas tahun ini, menampilkan filem web animasi sempena Aidilfitri bertajuk ‘Syukur Raya’.
A
A
A

KUALA LUMPUR - Petronas tahun ini, menampilkan filem web animasi sempena Aidilfitri bertajuk ‘Syukur Raya’ mempersembahkan seloka kreatif yang menyeronokkan bertemakan belas kasihan dan kebaikan.

Pengurus Besar Kanan Komunikasi Strategik Kumpulan Petronas Datin Anita Azrina Abdul Aziz berkata, filem animasi sepenuhnya itu menumpukan kepada perbezaan untuk saling memberi dan memaafkan dalam menyambut hari raya.

“Walaupun menghadapi cabaran semasa, jika kita membuka hati dan minda, orang di sekeliling kita boleh membawa kegembiraan pada Aidilfitri ini, yang akhirnya menggambarkan semangat kebersamaan dan kemurahan hati dalam perayaan ini,” katanya dalam kenyataan pada Jumaat.

‘Syukur Raya’ mempersembahkan seloka kreatif yang menyeronokkan bertemakan belas kasihan dan kebaikan.
‘Syukur Raya’ mempersembahkan seloka kreatif yang menyeronokkan bertemakan belas kasihan dan kebaikan.

‘Syukur Raya’ diceritakan oleh seekor burung merpati bernama Syuk-kur - gabungan perkataan ‘syukur’ dan ‘tekukur’ apabila burung yang berkarisma itu menyaksikan segala yang berlaku di ‘Taman Bawang’, sebuah kawasan kejiranan yang digambarkan dalam filem web itu.

Ia mengisahkan watak utamanya, Poji yang merindukan kampung halaman dan tidak dapat pulang kerana komitmen kerja sehingga membayangkan jirannya yang garang, Mak Jah sebagai ibunya sendiri.

Filem web itu kini boleh ditonton menerusi saluran YouTube rasmi dan laman Facebook Petronas. ‘Raya Joy Pack’ pula terdiri daripada pelekat ‘Syukur Raya’ dan pemandangan latar belakang untuk digunakan melalui WhatsApp dan media sosial juga boleh dimuat turun menerusi laman Facebook Petronas.

Artikel Berkaitan: