Pembangunan semula Lapangan Terbang Subang di peringkat awal

Cadangan untuk membangunkan semula Lapangan Terbang Sultan Abdul Aziz Shah atau dikenali sebagai Lapangan Terbang Subang masih berada dalam peringkat awal. Foto: Sumber Wikipedia
Cadangan untuk membangunkan semula Lapangan Terbang Sultan Abdul Aziz Shah atau dikenali sebagai Lapangan Terbang Subang masih berada dalam peringkat awal. Foto: Sumber Wikipedia
A
A
A

PUTRAJAYA - Cadangan untuk membangunkan semula Lapangan Terbang Sultan Abdul Aziz Shah atau dikenali sebagai Lapangan Terbang Subang masih berada dalam peringkat awal.

Kementerian Pengangkutan Malaysia (MOT) menerusi kenyataannya pada Jumaat berkata, sebarang pertimbangan dan keputusan akhir akan diputuskan oleh kabinet.

"Adalah menjadi kebiasaan bagi pasaran untuk mengemukakan kertas cadangan kepada pihak kerajaan melalui kementerian berkaitan bagi mengembangkan aset baharu atau sedia ada," katanya.

Kementerian itu berkata, Lapangan Terbang Subang telah menjadi kemudahan penting dan pusat bandar utama bagi penduduk Lembah Klang.

"Ia memerlukan perhatian dan pertimbangan baik demi masa depan landskap penerbangan Malaysia yang lebih meluas," katanya.

Media sebelum ini melaporkan terdapat entiti swasta yang telah mengusulkan kepada kerajaan untuk mengambil alih dan mengoperasikan Lapangan Terbang Subang.

Artikel Berkaitan: