6,000 belia bantu kerajaan jayakan PICK

Gambar hiasan.
Gambar hiasan.
A
A
A

KOTA BHARU – Seramai 6,000 belia digerakkan bagi membantu menjayakan pemberian vaksin menerusi Program Imunisasi Covid-19 Kebangsaan (PICK) terutama di negeri yang mempunyai peratusan pendaftaran vaksinasi rendah.

Timbalan Menteri Belia dan Sukan, Wan Ahmad Fayhsal Wan Ahmad Kamal berkata, kumpulan berkenaan akan menjadi medium kepada Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) untuk memberi pendedahan kepada masyarakat mengenai PICK.

“Mereka akan turun padang dan menguruskan hal pentadbiran berkaitan vaksinasi iaitu pendaftaran, semakan nama termasuk membawa masyarakat ke pusat vaksinasi.

“Mereka yang terlibat telah dilatih dan diberi penerangan supaya mereka dapat menjelaskan sebaik mungkin kepada masyarakat mengenai PICK,” katanya kepada pemberita di sini pada Jumaat.

Menurutnya, kumpulan belia tersebut akan turun ke kawasan kampung untuk membantu golongan warga emas yang tidak tahu cara mendaftar, termasuk memberi pendedahan mengenai PICK.

Wan Ahmad Fayhsal berkata, masih ramai lagi yang kurang jelas mengenai pelaksanaan PICK selain wujud pelbagai persepsi negatif yang memberi kesan kepada mereka untuk memberi kerjasama.

“Petugas kesihatan pula mempunyai urusan di hospital. Oleh sebab itu sukarelawan diperlukan dan kita akan tambah jumlah tersebut dari masa ke masa mengikut keperluan,” katanya.

Artikel Berkaitan: