Menteri Kewangan Qatar ditahan atas dakwaan rasuah

Ali Shareef Al-Emadi - Foto: AFP
Ali Shareef Al-Emadi - Foto: AFP
A
A
A

DOHA - Menteri Kewangan Qatar, Ali Shareef al-Emadi ditahan berhubung dakwaan penyalahgunaan kuasa dan menyalah gunakan dana awam, kata media kerajaan pada Khamis.

Agensi berita rasmi, Qatar News Agency kemudian melaporkan pemerintah negara itu, Emir Sheikh Tamim bin Hamad Al-Thani kemudian mengeluarkan dekri yang meminta Menteri Perdagangan dan Industri, Ali bin Ahmed al-Kuwari untuk melakukan tugas-tugas Menteri Kewangan.

Sumber-sumber rasmi memberitahu, Emadi merupakan tokoh berprofil tinggi yang menghadapi dakwaan tersebut di bawah pemerintahan Sheikh Tamim.

Media kerajaan itu berkata, Peguam Negara mengarahkan penangkapan Menteri Kewangan untuk disoal siasat berhubung jenayah berkaitan perkhidmatan awam yang melibatkan wang awam dan penyalahgunaan kuasa.

Ia menyatakan satu siasatan telah dilancarkan tetapi tiada maklumat lanjut berhubung siasatan itu.

Emadi berkhidmat sebagai Menteri Kewangan sejak tahun 2013 dan merupakan Presiden Eksekutif Lembaga Qatar Airways, Ahli Lembaga Pengarah Pihak Berkuasa Pelaburan Qatar dan Pengerusi Bank Kebangsaan Qatar.

Beliau bukan berasal dari keluarga diraja tetapi datang dari keluarga yang berpengaruh dan kaya di negara tersebut. - Agensi

Artikel Berkaitan: