Jom Dapat Lebih Kaw untuk hari persaraan anda

No Image Caption
A
A
A

Dalam keadaan ekonomi yang tidak menentu semenjak pandemic COVID-19 melanda negara dan seluruh dunia, pastinya ramai daripada kalangan rakyat Malaysia terkesan dengan situasi itu serta turut memikirkan mengenai pelan simpanan untuk persaraan mereka kelak.

Dengan pelbagai tekanan, kekangan kewangan, kenaikan harga barang dan peningkatan kos sara hidup menyebabkan ada antara rakyat yang terpaksa berjimat cermat dalam perbelanjaan dan mengurangkan simpanan termasuk untuk persaraan nanti.

Setiap individu ingin bersara dengan selesa. Realitinya, masih ramai yang tidak mempunyai simpanan persaraan yang mencukupi. Apatah lagi di dalam keadaan mencabar sekarang di mana kita berhadapan dengan pandemik dan kadar kenaikan inflasi yang tinggi. Ditambah dengan jangka hayat untuk hidup yang lebih lama.

Antara solusi yang pantas dan mudah untuk menambah baik simpanan persaraan ialah melalui memanfaatkan caruman di dalam Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) bagi memberi jaminan lebih kukuh apabila bersara nanti.

No Image Caption

Sebagai ahli KWSP, kita diberi kebebasan oleh KWSP untuk menggunakan sebahagian simpanan lebihan daripada Simpanan asas di dalam akaun 1 untuk dilaburkan secara atas talian di platform-platform pelaburan dengan KWSP i-Invest yang dijamin keselamatan oleh pihak KWSP.

Namun sebelum membuat pelaburan, ahli perlu terlebih dahulu memahami apakah manfaat dan mekanik pelaburan simpanan KWSP.

Artikel Berkaitan:

Fahami dahulu tentang KWSP i-invest

No Image Caption

Ini adalah kemudahan dalam talian yang membolehkan semua ahli KWSP berumur 18 tahun ke atas boleh membuka akaun pelaburan. Anda dibenarkan untuk melabur:

No Image Caption

Transaksi boleh dihantar melalui platform KWSP I-invest ini termasuk pelaburan; iaitu membeli, menukar, menebus; dan bertanyakan baki akaun, nilai semasa, transaksi sejarah dan lain-lain.

Ia terbuka kepada semua individu yang merupakan ahli KWSP yang layak serta telah mengaktifkan fungsi i-Akaun mereka. Bagi yang masih belum mengaktifkan i-Akaun, pengaktifan boleh dilaksanankan di pejabat KWSP atau kiosk KWSP yang berdekatan.

Dengan KWSP i-Invest, anda dapat memilih dari peluang pelaburan dari dana domestik ke dana industri antarabangsa yang diiktiraf, dan pelbagaikan pelaburan anda berdasarkan selera risiko anda. Anda boleh rujuk laman web untuk memahami KWSP i-Invest.

Anda boleh mempertimbangkan kesemua dana berikut untuk portfolio KWSP anda:

Dana-dana Principal Asset Management Berhad (Principal) yang layak ditawarkan dan diluluskan oleh KWSP

No Image Caption

Menurut KWSP, sebanyak 54 peratus pencarum Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) berumur 54 tahun mempunyai simpanan yang kurang daripada RM50,000 bagi menampung kehidupan mereka selepas bersara.

Timbalan Ketua Pegawai Eksekutif Bahagian Operasi KWSP, Datuk Mohd Naim Daruwish berkata, secara keseluruhan hanya 34 peratus pencarum aktif KWSP mencapai tahap simpanan asas mengikut umur.

Oleh itu, amat penting bagi mereka yang bakal bersara mengetahui atau menyertai Skim Persaraan Swasta (PRS).

Apakah Skim Persaraan Swasta (PRS)

No Image Caption

PRS adalah skim sukarela yang membolehkan anda menjadi peneraju dalam meningkatkan jumlah simpanan persaraan anda.

Kini ramai pengguna memerlukan bantuan untuk memastikan mereka mempunyai simpanan cukup untuk mempunyai gaya hidup persaraan yang mereka impikan. dan dana ini adalah pelengkap yang sempurna kepada simpanan ahli KWSP.

4 sebab mengapa anda perlu PRS

  1. Direka untuk persaraan
PRS ditubuhkan dengan tujuan utama iaitu membantu anda mengumpul lebih banyak simpanan untuk persaraan.
  1. Pelaburan mudah dan berpatutan
Anda boleh menyimpan lebih dengan PRS bermula serendah RM100 melalui perkhidmatan pelaburan atas talian PRS. Anda boleh menambah nilai pelaburan anda dari masa ke semasa.
  1. Insentif Cukai
Dapatkan pelepasan cukai peribadi sehingga tahun 2025.*

*Tertakluk terma dan syarat*

  1. Rangka kerja yang dikawal selia
PRS dikawal selia oleh Suruhanjaya Sekuriti Malaysia dan skim ini dilindungi oleh Pemegang Amanah Skim.

Anda boleh melabur dengan Principal melalui pengedar Principal anda (Perunding atau bank tempatan) atau secara dalam talian melalui platform laman sesawang PPA dengan klik pautan ini: https://www.ppa.my/ms/

Principal menawarkan lebih 10 dana berdasarkan kepada profil risiko anda dan berikut adalah jenama Principal PRS Plus Equity:

- Principal PRS Plus Asia Pacific ex Japan Equity
- Principal Islamic PRS Plus Equity
- Principal Islamic PRS Plus Asia Pacific ex Japan Equity
Mengapa menyimpan lebih untuk persaraan?

Ada kemungkinan yang anda akan hidup lebih lama selepas persaraan berbanding semasa anda bekerja. Ia adalah penting untuk mempunyai pelbagai sumber pendapatan yang boleh anda harapkan. Lebih awal anda mulakan, merancang dan melabur untuk persaraan - lebih banyak manfaat yang anda boleh perolehi daripada keseluruhan gambaran persaraan anda seperti berikut:

- Berpotensi meningkatkan simpanan

- Lindung nilai yang munasabah terhadap inflasi

- Ambil kesempatan daripada pendapatan kompaun

Apa yang ada perlu tahu tentang pelaburan

No Image Caption

- Teliti risiko penilaian anda (Adakah pelaburan yang anda ingin pilih bersesuaian dengan kehendak anda)

https://www.principal.com.my/en/what-type-investor-are-you-these-7-easy-questions-may-tell-you

- Kaji dahulu kedudukan aset anda (Adakah ia sesuai dengan risiko profil, objektif pelaburan dan juga sasaran kewangan anda)

- Teliti kesemua simpanan dan pelaburan anda

- Anda perlu memilih syarikat pelaburan yang kukuh seperti Principal Asset Management iaitu syarikat pemenang anugerah dengan kemampuan pelaburan tempatan dan global.

- Terkini, Principal giat mempromosikan kempen Jom Dapat Lebih Kaw bertujuan untuk mendidik para pencarum kepentingan membuat perancangan untuk hari tua mereka.

Jom Dapat Lebih Kaw

No Image Caption

Klik sini untuk keterangan lanjut

Bagi mereka yang menitkberatkan kepentingan simpanan masa depan, inilah masanya untuk mula melabur dan memperolehi ganjaran untuk KWSP dan pelaburan PRS.

Kempen Jom Dapat Lebih Kaw ini terbuka kepada semua pencarum terutamanya mereka yang yang belum memulakan pelaburan menggunakan simpanan dalam Akaun 1 KWSP lagi. Ambil peluang untuk mengembangkan simpanan anda.

Melabur dan dapat ganjaran!

Anda boleh mendapat sebanyak 0.33% tambah nilai di eWallet apabila melabur seminimum RM1,000 dengan Principal melalui KWSP i-Invest dan kredit eWallet berjumlah RM20 bila anda menyimpan minimum RM2,000 dengan Principal melalui PRS online Untuk maklumat lanjut sila klik pautan ini:

Pencarum boleh menganggap Principal sebagai teman rapat yang akan sentiasa membantu mereka mencari jalan penyelesaian terbaik untuk persaraan.

Sila layari laman web Principal untuk maklumat selanjut:

Kenyataan:

Anda dinasihatkan untuk membaca dan memahami isi Prospektus, Memorandum Maklumat dan / atau Dokumen Penzahiran yang relevan (dokumen yang disebutkan) sebelum melabur. Antara lain, anda harus mempertimbangkan bayaran dan caj yang terlibat. Pendaftaran Prospektus, Memorandum Maklumat dengan Suruhanjaya Sekuriti Malaysia (SC) tidak bermaksud SC mengesyorkan atau menyokong dana-dana ini. Salinan dokumen yang disebutkan yang relevan termasuk tambahannya dan Halaman Serlahan Produk (jika ada) boleh didapati di pejabat, pengedar atau laman web kami di www.principal.com.my. Sebagai pelabur anda harus membuat penilaian risiko anda sendiri dan mendapatkan nasihat profesional, jika perlu.