X

Kindly register in order to view this article
!

Konstabel antara ditahan disyaki terlibat kes samun

Gambar hiasan.
A
A

JOHOR BAHRU - Seorang konstabel polis antara empat lelaki yang ditahan kerana dipercayai terlibat dengan kes samun membabitkan seorang lelaki warga Nepal di sekitar daerah Iskandar Puteri di sini, pada 12.10 tengah malam semalam.

Ketua Polis Daerah Iskandar Puteri, Asisten Komisioner Dzulkhairi Mukhtar berkata, tiga lagi yang ditahan terdiri daripada pekerja buruh binaan, pemandu bas serta pemandu lori tunda, dan kesemua mereka yang berumur antara 20 dan 35 tahun itu kini direman sehingga 9 Mei.

Beliau berkata bertindak atas maklumat, pasukan polis daerah Iskandar Puteri membuat tangkapan ke atas empat individu terbabit di kawasan Gelang Patah dan Mutiara Rini, semalam, dan siasatan mendapati salah seorang daripada mereka mempunyai tiga rekod jenayah lampau.

Dalam satu kenyataan malam ini katanya polis telah membuat rampasan di beberapa lokasi termasuk Mutiara Rini, Gelang Patah, tapak Indah Water Kota Iskandar serta kawasan flat Taman Ungku Tun Aminah; dan antara yang dirampas ialah lima telefon bimbit pelbagai jenama, satu kad kuasa polis, sepasang gari tangan, sebuah kereta jenis Toyota Vios, dan sebuah kereta Honda City.

"Siasatan lanjut masih dijalankan. Polis Iskandar Puteri percaya dengan tertangkapnya sindiket ini, beberapa kes samun berkumpulan berlaku sepanjang bulan ini berjaya diselesaikan,” katanya dan menambah kes disiasat di bawah Seksyen 384 Kanun Keseksaan, Seksyen 379(A) Kanun Keseksaan dan Seksyen 170 Kanun Keseksaan. - Bernama


Dapatkan laporan yang lebih eksklusif dan kritis, sila layari Sinar Premium
Artikel ini ialah ©️ 2018 Hakcipta Terpelihara Kumpulan Karangkraf. Sebarang salinan tanpa kebenaran akan dikenakan tindakan undang-undang

Newsletter

Berita Telus & Tulus hanya untuk anda setiap hari. Langgan Sekarang!