SOP Hari Raya Aidilfitri 2021 yang perlu diketahui

Rata-rata rakyat mahu tahu adakah mereka dapat menyambut Syawal bersama keluarga pada tahun ini atau sebaliknya.
Rata-rata rakyat mahu tahu adakah mereka dapat menyambut Syawal bersama keluarga pada tahun ini atau sebaliknya.
A
A
A

[INFOGRAFIK] Bermula semalam dan hari ini, beberapa daerah di Selangor, Perak dan Johor telah dikenakan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) bagi mengawal dan memutuskan rantaian jangkitan Covid-19 di negara kita.

Dalam masa sama, beberapa negeri dan kawasan lain sedang menjalani Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB) dan Perintah Kawalan Pergerakan Pemulihan (PKPP).

Kawasan yang terjejas teruk akibat jangkitan Covid-19 pula diarahkan menjalani Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan (PKPD).

Perbezaan sekatan yang dikenakan menyebabkan segelintir penduduk keliru berhubung perkara DIBENARKAN dan TIDAK DIBENARKAN.

Keadaan bertambah sulit apabila Aidilfitri bakal menjelang tiba dalam tempoh kurang lima hari lagi.

Rata-rata rakyat mahu tahu adakah mereka dapat menyambut Syawal bersama keluarga atau berkurung di rumah seperti tahun lalu.

Bagi mengelakkan kekeliruan tersebut, Majlis Keselamatan Negara (MKN) telah mengeluarkan prosedur operasi standard (SOP) Aidilfitri 2021 bagi memudahkan rakyat di seluruh negara menyambut Syawal.

Berbeza SOP Aidilfitri 2020, tahun ini MKN telah memberi kelonggaran kepada rakyat untuk melakukan ibadah, termasuk ziarah hari raya dan kubur.

Artikel Berkaitan:

Bagaimanapun, kelonggaran tersebut tetap bersyarat dan memerlukan kerjasama orang ramai agar mematuhi SOP yang telah ditetapkan.

Kegagalan mematuhi SOP berkenaan bukan sahaja mengundang risiko dijangkiti Covid-19 malah rakyat juga berpotensi kehilangan peluang untuk menyambut Aidilfitri 2021, terutamanya mereka yang tinggal di kawasan sama dengan keluarga.

Bagaimanapun, MKN di laman webnya menjelaskan, kelonggaran yang diberikan oleh kerajaan bukanlah lesen untuk kita tidak mematuhi SOP.

“Sentiasa beringat, Covid-19 tidak pernah bercuti dan sudah berada dalam komuniti kita!

“Amalkan norma baharu dan patuhi SOP untuk elakkan jangkitannya,” katanya.

Bagi mereka yang berada di dalam Kawasan PKPD, sambutan Aidilfitri hanya dibenarkan dalam kalangan ahli keluarga yang tinggal dalam satu rumah sama.

Ziarah-menziarah sama sekali tidak dibenarkan, malah mereka yang berada di kawasan berkenaan juga tidak dibenarkan keluar dari rumah masing-masing.

Antara kawasan yang dikenakan PKPD ialah Kampung Lubok Katak di Batang Padang, Perak; Kampung Permatang Tulang Mukim Sebatu di Jasin, Melaka serta Sekolah Menengah Ugama (SMU) Pantai Manis di Papar, Sabah.

Turut menjalani perintah sama ialah Kampung Sagah, Jalan Sungai Tengah Matang, Kuching, Sarawak, Kampung Bangkahulu, Gemas Negeri Sembilan dan Maahad Tahfiz Al-Azhari (Mtaz) Machang Kelantan.