Peniaga didakwa rasuah polis RM1,000

Tertuduh (tengah) dikawal anggota SPRM keluar dari mahkamah selepas didakwa.
A
A

AYATFB: Atas dorongan untuk melepaskan rakan yang ditahan kerana memiliki 36 karton minuman keras

KOTA BHARU - Seorang peniaga mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen, di sini, hari ini, atas pertuduhan memberi suapan RM1,000 kepada seorang pegawai polis, minggu lalu.

Dakwaan terhadap Ooi Boon Lai, 41, dibuat di hadapan Hakim, Mohd Rosly Mohamed Nawi.

Tertuduh didakwa menawarkan suapan RM1,000 kepada Ketua Polis Balai Rantau Panjang, Asisten Superintendan Mohd Sany Husin di bilik Ketua Balai Polis Rantau Panjang, antara jam 2.30 pagi hingga 5 pagi, 14 Februari lalu.

Suapan dibuat atas dorongan kepada Mohd Sany untuk melepaskan seorang tahanan warga Thailand juga rakan tertuduh, Mr Jukkrapan Sangsuwan,54, berserta 36 karton minuman keras di rumah tidak bernombor di Kampung Kubang Rambutan, Rantau Panjang kerana dipercayai melakukan kesalahan Seksyen 135(1)(d) Akta Kastam 1967.

Kes ditetapkan 27 Mac depan untuk sebutan semula bagi serahan dokumen.


Bermula dengan hanya RM5 anda telah menyokong Berita Fakta dan Komprehensif kami, sokong berita kami.
Terima Kasih Rakyat Malaysia