Hargai pengorbanan frontliners

Abd Jalil memberikan sumbangan baucar kepada anggota tentera yang bertugas di SJR Tol Bentong sambil disaksikan Amilludin (dua dari kanan) pada Rabu.
Abd Jalil memberikan sumbangan baucar kepada anggota tentera yang bertugas di SJR Tol Bentong sambil disaksikan Amilludin (dua dari kanan) pada Rabu.
A
A
A

BENTONG - Pusat Pakaian Hari-Hari Sdn Bhd (PPHH) membawakan keceriaan berbuka puasa kepada pasukan barisan hadapan yang bertugas di khemah sekatan jalan raya (SJR) Tol Bentong di sini menerusi program Singgah Sinar Iftar 1-Meter.

Selain pemberian sumbangan baucar, program berkenaan menyediakan hidangan enak dan menyelerakan kepada petugas barisan hadapan yang terdiri daripada polis dan tentera.

Pengarahnya, Amilludin Latip berkata, penganjuran program itu adalah antara usaha syarikatnya menghargai anggota keselamatan yang terus menjalankan tugas tidak kira waktu dan keadaan.

“Alhamdulillah, hari ini (Rabu) PPHH dapat menyantuni golongan barisan hadapan di Tol Bentong walaupun dalam keadaan cuaca hujan.

Suasana program Singgah Sinar Iftar 1-Meter yang diadakan di SJR Tol Bentong bagi menghargai sumbangan anggota pasukan keselamatan yang bertugas.
Suasana program Singgah Sinar Iftar 1-Meter yang diadakan di SJR Tol Bentong bagi menghargai sumbangan anggota pasukan keselamatan yang bertugas.

“Dengan cabaran dan halangan tersebut, kami tetap meneruskan perjuangan menyantuni golongan barisan hadapan yang bertungkus-lumus menjalankan tugas dalam apa juga keadaan ketika pandemik Covid-19,” katanya pada Rabu.

Hadir sama, Timbalan Menteri Dalam Negeri I, Datuk Seri Ismail Mohamed Said; Ketua Polis Pahang, Datuk Seri Abd Jalil Hassan; Ketua Polis Daerah Bentong, Superintendan Zaiham Mohd Kahar dan Pengurus Tugas-Tugas Khas Kumpulan Karangkraf, Hashim Anang.

Amilludin berkata, syarikatnya turut menyediakan sebanyak 100 pek sumbangan berbentuk baucar dan juadah berbuka puasa yang diagihkan kepada petugas barisan hadapan SJR Tol Bentong.

Artikel Berkaitan:

Amilludin
Amilludin

"Syarikat kami telah terlibat sebanyak tiga kali bersama Sinar Harian dalam program pemberian sumbangan dan berbuka puasa kepada petugas barisan hadapan sejak mula Ramadan.

"Program ini dijangka terus dilaksanakan meskipun selepas berakhirnya bulan Ramadan," katanya.

Beliau berkata, program berkenaan akan turut merangkumi pemberian bantuan kepada golongan yang tidak bernasib baik seperti anak yatim, warga emas, orang kurang upaya dan asnaf dan mereka yang kurang bernasib baik.

Sementara itu, Abd Jalil berkata, program sumbangan dan berbuka puasa itu sedikit sebanyak membantu meringankan beban anggota pasukan keselamatan yang sedang menjalankan tugas membuat sekatan di SJR Tol Bentong.

“Penyertaan dan sokongan daripada syarikat luar serta orang ramai pasti akan memberi semangat kepada petugas barisan hadapan,” ujarnya.