Malaysia Airports sahkan pengambilalihan Subang oleh entiti swasta

No Image Caption
A
A
A

MALAYSIA Airports Holdings Bhd pada Khamis menjelaskan bukan sesuatu yang luar biasa bagi pasaran untuk mengemukakan cadangan kepada kerajaan mengenai pembangunan lapangan terbang baharu atau mengambil alih lapangan terbang sedia ada.

"Ini telah berlaku beberapa kali pada masa lalu dan sebagai sebahagian daripada proses itu, kerajaan akan mendapatkan input kami mengenai perkara berkenaan dan bersama-sama dengan Malaysia Airlines Group, kami telah memberikan pandangan awal kami," kata pengendali lapangan terbang itu pada Khamis.

Kenyataan itu dibuat susulan laporan berita yang tersebar mengenai pengambilalihan lapangan terbang Subang oleh sebuah entiti perniagaan swasta.

"Buat masa sekarang, kami belum diberikan butiran cadangan itu lagi dan belum ada perbincangan yang diadakan dengan kerajaan mengenai butirannya," kata Malaysia Airports.

Ia juga menekankan bertapa penting untuk mendapatkan pandangan daripada pengawal selia seperti Pihak Berkuasa Penerbangan Awam Malaysia dan Suruhanjaya Penerbangan Malaysia sebelum sebarang keputusan boleh dibuat. - Bernama

Artikel Berkaitan: