X

Kindly register in order to view this article
!

MOM bangga kejayaan Pandelela

Mohamad Norza (tengah) ketika majlis perjanjian penajaan daripada BP Healthcare Group di Bukit Kiara pada Khamis.
A
A

PRESIDEN Majlis Olimpik Malaysia (MOM), Tan Sri Mohamad Norza Zakaria melahirkan rasa bangga atas kejayaan ratu terjun negara, Pandelela Rinong meraih pingat emas pada Piala Dunia Terjun FINA di Tokyo pada Rabu.

Mohamad Norza berkata, pingat emas yang diraih diraih Pandelela dalam acara 10 meter (m) platform individu itu mampu melonjakkan motivasi penerjun berusia 28 tahun itu menjelang Sukan Olimpik Tokyo 2020.

Malah, beliau percaya Pandelela yang telah meraih pingat perak dan gangsa dalam dua temasya Olimpik sebelum ini mampu tampil lebih bertenaga di pentas sukan paling berprestij di dunia itu nanti.

"Sudah tentu bagi pihak MOM dan seluruh warga sukan negara kami berbangga dengan pencapaian Pandelela. Ini membuktikan penerjun kita boleh beraksi di peringkat tertinggi.

"Saya rasa Pandelela sudah cukup matang untuk menyerap tekanan yang ada. (Olimpik) Tokyo bukan kali pertama buatnya, dia sudah menyertai beberapa temasya Olimpik sebelum ini selain menyertai banyak kejohanan di peringkat tertinggi.

"Apa pun apa yang boleh diharapkan, kejayaan dan usaha dilakukan Pandelela ini akan berterusan dan memuncak di Tokyo nanti," kata Mohamad Norza kepada pemberita selepas majlis perjanjian bersama syarikat penjagaan kesihatan, BP Healthcare Group di Akademi Badminton Malaysia (ABM), Bukit Kiara pada Khamis.

Terdahulu, Persatuan Badminton Malaysia (BAM) menerima lonjakan semangat bagi menaikkan arena badminton negara apabila menerima tajaan daripada BP Healthcare Group berjumlah RM5 juta.

Mohamad Norza yang juga Presiden BAM menyifatkan tajaan itu hadir tepat pada masanya menjelang temasya Sukan Olimpik Tokyo 2020 yang dijadualkan bermula dari 23 Julai hingga 8 Ogos depan.

"Mereka sudah bersama dalam perjalanan kita kebelakangan ini dan kini memutuskan untuk bersama secara rasmi. Saya percaya kedua-dua pihak akan menerima ganjaran daripada hubungan kerjasama ini.

"BP Healthcare Group sebuah syarikat yang sedang mendahului dalam bidang penjagaan kesihatan dan saya percaya kedua-dua pihak akan menerima ganjaran daripada hubungan kerjasama ini," ujarnya.


Dapatkan laporan yang lebih eksklusif dan kritis, sila layari Sinar Premium
Artikel ini ialah ©️ 2018 Hakcipta Terpelihara Kumpulan Karangkraf. Sebarang salinan tanpa kebenaran akan dikenakan tindakan undang-undang

Newsletter

Berita Telus & Tulus hanya untuk anda setiap hari. Langgan Sekarang!