Rakyat Sarawak dinasihat tangguh perjalanan ke kawasan PKP

JPBN menasihati rakyat di Sarawak agar menangguhkan perjalanan ke negeri dan daerah yang dikenakan PKP.
JPBN menasihati rakyat di Sarawak agar menangguhkan perjalanan ke negeri dan daerah yang dikenakan PKP.
A
A
A

KUCHING - Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri (JPBN) menasihati rakyat di Sarawak agar menangguhkan perjalanan ke negeri dan daerah yang dikenakan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP).

Kenyataan JPBN pada Khamis turut memaklumkan bahawa garis panduan Prosedur Operasi Standard (SOP) semasa Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB) yang dilaksanakan di beberapa daerah di Sarawak akan turut akan diperketat bagi memutuskan rantaian Covid-19.

SOP yang berkuat kuasa dari 7 hingga 17 Mei 2021 itu boleh didapati atau dimuat turun daripada https://www.mkn.gov.my/web/ms/sop-pkpb-2/.

Sarawak pada Khamis merekodkan 391 jangkitan baharu Covid-19 menjadikan jumlah keseluruhan meningkat kepada 33,477 kes dan terdapat lima kematian baharu akibat virus itu sekali gus menyaksikan angka kematian meningkat kepada 195 orang.

JPBN turut memaklumkan bahawa PKP Diperketatkan (PKPD) di dua rumah panjang iaitu Rumah Mathew di Pakan dan Rumah Dangat di Meradong ditamatkan kerana keputusan saringan kedua Covid-19 di kawasan itu tiada yang positif serta tidak ada bukti yang menunjukkan jangkitan masih menular.-Bernama

Artikel Berkaitan: