X

Kindly register in order to view this article
!

World #QuranHour dapat ‘pandu’ masyarakat baca al-Quran

Ahmad Tarmizi Abdul Rahman. - Foto Sinar Harian ROSLI TALIB
A
A
PUTRAJAYA - Program World #QuranHour yang kini telah memasuki tahun keenam penganjurannya diharapkan berkekalan.

Salah seorang qari, Ahmad Tarmizi Abdul Rahman berkata, ini disebabkan program seperti ini boleh ‘memandu’ masyarakat untuk membaca al-Quran.

“Saya rasa sangat bersyukur kerana saya dapat bersama daripada tahun 2016 sehingga 2021 dan saya harap kekallah sehingga bila-bila,” katanya kepada Sinar Harian selepas Program World #QuranHour di Masjid Tuanku Mizan Zainal Abidin, di sini.

Pada Khamis, World #QuranHour telah memilih Surah Al-Mulk sebagai surah pilihan yang dibacakan dan Ahmad Tarmizi yang merupakan salah seorang daripada tujuh qari yang membacakan surah berkenaan.

Dalam pada itu, Ahmad Tarmizi turut mencadangkan agar adanya penambahbaikan program berkenaan seperti penglibatan dan persembahan bacaan yang dibawakan.

“Kalau boleh kita pelbagaikan dan kalau boleh nak panjang lagi.

“(Program ini) Satu jam kan. Kalau boleh dapat satu jam setengah atau dua jam maka kita dapat menghayati dan lebih puas lagi dengan membaca al-Quran,” katanya.


Artikel ini ialah ©️ 2018 Hakcipta Terpelihara Kumpulan Karangkraf. Sebarang salinan tanpa kebenaran akan dikenakan tindakan undang-undang

Newsletter

Berita Telus & Tulus hanya untuk anda setiap hari. Langgan Sekarang!