Tun Arifin Zakaria dilantik Pengerusi Kumpulan PNB

Tun Ariffin Zakaria - Foto Bernama
Tun Ariffin Zakaria - Foto Bernama
A
A
A

KUALA LUMPUR - [DIKEMAS KINI] Yayasan Pelaburan Bumiputra (YPB) melantik Tun Arifin Zakaria sebagai Pengerusi Kumpulan Permodalan Nasional Bhd (PNB) dan Pemegang Amanah YPB berkuat kuasa Khamis, 6 Mei, 2021.

Menerusi kenyataan pada Khamis, PNB menjelaskan Ariffin merupakan Ketua Hakim Negara bagi tempoh 2011 hingga 2017 dan Ketua Hakim Mahkamah Tinggi dari 2008 hingga 2011.

Menurutnya, YPB juga mengumumkan pelantikan Datin Norazah Razali sebagai Ahli Lembaga Pengarah PNB berkuat kuasa pada tarikh yang sama.

Norazah ketika ini ialah penasihat kanan di Boston Consulting Group (BCG), bagi menyokong dan memberi khidmat nasihat kepada perniagaan dan organisasi di seluruh Asia Tenggara.

“Beliau memiliki pengalaman perundingan strategik dan pengurusan selama lebih 20 tahun khususnya dalam transformasi perniagaan dan organisasi, penstrukturan semula, strategi dipacu pertumbuhan, pembangunan bakat dan kepimpinan serta tadbir urus,” menurut PNB. - Bernama

Artikel Berkaitan: