X

Kindly register in order to view this article
!

Bersemangat demi World #QuranHour

Sabariah Yusof
A
A
MELAKA - Biarpun tidak mempunyai kenderaan sendiri, namun seorang suri rumah bersemangat hadir memeriahkan program World #QuranHour di Rumah Ngaji Kota Fesyen MITC, di sini pada Khamis.

Sabariah Yusof, 65, berkata, walaupun lokasi kali ini berbeza berbanding penganjurannya sebelum ini di masjid-masjid namun bukan penghalang untuk dia untuk bersama pada program itu dengan pematuhan prosedur operasi standard (SOP) seperti memakai pelitup muka.

"Alhamdulillah dipanjangkan umur dapat bersama dalam program ini yang diadakan setiap kali Ramadan cuma peserta tak seramai sebelum ini disebabkan pandemik Covid-19.

"Kebetulan ada rakan yang nak pergi ke MITC untuk menjual kuih jadi saya tumpang sekali sebab saya tidak ada kenderaan, demi nak membaca surah Al-Mulk dengan rakan lain sempena World #QuranHour," katanya yang menetap di Bukit Beruang.

Program selama satu jam itu dimulakan dengan majlis khatam al-Quran yang diketuai oleh Penyelaras Rumah Ngaji Melaka, Nuratikah Amir.

Peserta World #QuranHour membaca al-Quran dengan pematuhan SOP.
Peserta World #QuranHour membaca al-Quran dengan pematuhan SOP.

Sementara itu salah seorang tenaga pengajar, Hayati Mohamad, 50, berkata, pihaknya terpaksa menolak banyak penyertaan memandangkan lokasi itu hanya membenarkan seramai 30 peserta hadir bagi memastikan ada penjarakan fizikal di antara satu sama lain.

Menurut Hayati, selain lokasi yang berbeza, program kali ini juga tiada individu yang diundang membacakan sinopsis surah, namun semuanya dilakukan sendiri pihaknya dengan kerjasama peserta dan yang lebih penting mencapai objektif program.

"Syukur semua berjalan lancar, walaupun diadakan dalam kumpulan yang kecil namun kita dapat bersama-sama merealisasikan program itu selama satu jam," katanya.


Artikel ini ialah ©️ 2018 Hakcipta Terpelihara Kumpulan Karangkraf. Sebarang salinan tanpa kebenaran akan dikenakan tindakan undang-undang

Newsletter

Berita Telus & Tulus hanya untuk anda setiap hari. Langgan Sekarang!